Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, 13 April 2014

SAHABAT SEJATI

Sahabat sejati. Ramai yang mencari sahabat sejati. Bertanyakan akan ciri-cirinya. Berhajat untuk mempunyainya.


Jika diajukan soalan kepada saya :


"Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?"


Saya akan ikut skema jawapan, iaitu DIA adalah yang MENGINGATKAN kita kepada ALLAH SWT. Allahurobbi.

Yang mana kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. Bilamana kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. Ketika kita bergembira dengannya, kita tidak akan lalai. Jika kita terlupa, dia akan mengingatkannya.

Namun, ramai yang tidak menjumpai sahabat sejati. Korang jumpa tak? Apa tak? Ish ish ish. Sebab ape ya boleh tak jumpa?

Kerana pertamanya, diri kita sendiri tidak berusaha menjadi sahabat sejati kepada sahabat kita.

Kita Tidak Pernah Berkorban Dengan Ikhlas. 

Rasulullah SAW bersabda : "Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Hadith muttafaq 'Alaih

Kenapa hadith ini mempertaruhkan iman? Tidak sempurna keimanan seseorang sekiranya dia sendiri tidak mengasihi sahabatnya sebgaimana dia mengasihi dirinya. Begitulah Islam membina masyarakat yang kuat ukhuwahnya. Mengajak kita mementingkan sahabat kita dan tidak menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri.

Ingatlah firman Allah SWT :


"Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa(iman dan amal soleh)." Az-zukhruf : 67


dan sabda Rasulullah SAW

"Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya : .........Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya." Hadith Riwayat Bukhari.


Ya, tanpa keimanan mustahil kita akan mempercayai perkara ini.
Dan mustahil kita akan membina persahabatan kita dengan matlamat untuk mendapatkan mardhatillah(keredhaan Allah) dan bila kita tidak mahu mendapatkan mardhatillah, mustahil kita mahu menjadi sahabat sejati kepada sahabat kita serta kita akan sentiasa terfikir : "Apa yang dia boleh berikan kepada aku?" 

Jika kita ada masalah ukhuwah dengan sahabat, cuba kita renung sebentar bagaimana keadaan iman kita. Kerana iman itu berkaitan dengan ukhuwah.



JANGAN KITA ASYIK BERFIKIR APA YANG BOLEH ORANG LAIN BERIKAN KEPADA KITA TETAPI BERFIKIRLAH APA YANG BOLEH KITA BERI KEPADA ORANG LAIN
Sesungguhnya tangan yang di atas(memberi) lebih baik daripada tangan yang berada di bawah(menerima/meminta)

Tidak Sabar Dalam Melalui Proses


Persahabatan itu perlu melalui proses untuk mencapai tahapnya yang cantik dan hebat.

Bukanlah sehari dua perkenalan terus boleh erat tali ukhuwah itu. Hatta Rasulullah SAW dan para sahabat baginda sering diuji ukhuwahnya,

Mereka teruji dengan cerita yang luar akal yang di lalui oleh Rasulullah SAW seperti Isra' dan Mi'raj. Di uji dengan peperangan demi peperangan, diseksa dan sebgainya hanya kerana mempunyai hubungan dengan Habibullah.

Bukan hanya duduk diam dan berkata "Aku cintakanmu Rasulullah SAW" ukhuwah itu terjalin erat, tetapi melalui proses. Tetapi ramai di antara kita yang 'tidak sabar' untuk berjumpa terus dengan uhwuwah yang sejati.

Akhir bicara, akan timbul kelemahan-kelemahan kala bersahabat dengan seseorang. Ada masanya dia manis dengan kita dan ada kalanya dia akan pahit dengan kita. Ada masanya dia baik dengan kita dan ada masa sebaliknya. Sama juga seperti iman kita. Adakalanya naik dan adakalanya turun.

Jadi kita perlu sentiasa bermuhasabah. Makna ukhuwah ini bukan semudah mengucap uhibbukafillah/uhibbukifillah. Tetapi hakikatnya adalah praktis hidup yang hendak mencari mardhatillah.

 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Segala komen membina sangat digalakkan untuk sebarang penambahbaikan dan perkongsian idea.

Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...