Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday, 28 April 2014

Pemuda Ashabul Kahfi Era Modenisasi

Satu persoalan yang bermain-main difikiran saya dan mungkin juga korang semua iaitu :
"Kenapa Allah tidak menyatakan nama firaun secara spesifik di dalam Al-Quran. Dan tidak menyatakan nama pemuda ashabul kahfi secara jelas?"
Haaa..sekarang kita semua terfikir. Kenapa ye?
Apabila Allah menceritakan di dalam Quran kisah-kisah para nabi, kisah para penentang Allah seperti firaun, raja Namrud mahupun kisah-kisah haiwan seperti burung hud-hud,lebah serta lembu betina, ataupun kisah mereka yang bertakwa seperti kisah Luqmanul Hakim, kisah pemuda ashabul kahfi dankisah pekebun di dalam Quran. Tujuan Allah hanya untuk menjadikan ia sebagai Ibrah(pengajaran) kepada umat Islam yang beriman.

Kaitan dengan tidak sebut secara jelas?
Allah tidak memberi tahu nama firaun di dalam Quran kerana firaun bukan sahaja ada di zaman nabi Musa a.s bahkan berada disetiap zaman.

KEMUNGKINAN ada pada zaman ini yang lebih teruk daripada firaun kerana menjadi firaun itu bukan kerana nama, tetapi kerana sifat yang ada pada firaun yang menjadikan dia atau sesiapa sebagai firaun.

Begitu juga dengan pemuda ashabul kahfi yang mana meraka BERIMAN dan BERJUANG kerana Allah. Itulah ciri-ciri untuk menjadi pemuda ashabul kahfi di dalam negara yang mempunyai KLCC dan raja bomoh ini.

Dan JELAS bahawa kita boleh menjadi persis pemuda ashabul ka
hfi jika cukup sifatnya. AMIN!

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
"Kami ceritakan kepadamu(wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu PEMUDA-PEMUDA yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan HIDAYAH PETUNJUK. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka BANGUN(menegaskan tauhid) lalu berkata: kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadaNya; jika kami menyembah yang selainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." (Al-Kahf : 13-14)

Allah menceritakan didalam ayat ini tentang SIFAT-SIFAT/CIRI-CIri dan SYARAT-SYARAT untuk menjadi pemuda ashabul kahfi.

Syarat Pertama
Pada ayat "sesungguhnya mereka itu pemuda-pemuda yang BERIMAN kepada Tuhan mereka"

Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan(dibenarkan) dengan dicernakan dalam bentuk amalan bukan sahaja pada hati dan jiwa. IMAN YANG KENTAL adalah iman yang meletakkan kepentingan agama yang terutama. Meletakkan Allah sebagai keterhadapan.

Contohnya apabila seorang lelaki mendengar azan berkumandang ketika dia sedang melakukan sesuatu perkerjaan yang boleh ditangguhkan seperti membuat assignment, dia akan bergegas ke surau/masjid untuk solat berjemaah menunjukkan bahawa Allah di dahulukan. Jika sedang melakukan pekerjaan yang tidak boleh ditangguh seperti sedang membedah pesakit, maka keutamaan diletakkan kepada pembedahan. Ianya bergantung kepada aulawiyat. Boleh rujuk buku FIQH AULAWIYAT tulisan Yusuf Al-Qardhawi.

Syarat kedua
Pada ayat "dan kami tambahi mereka dengan HIDAYAH petunjuk"

Syarat kedua adalah al-huda(petunjuk dari Allah). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi'ie(realiti). Dengan al-huda, kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardhi(individu) mahupun jama'i(jamaah) ataupun dauli(antarabangsa)

bermaksud HIDAYA milik Allah. Maka tugas kita adalah untuk sering berdoa supaya Allah menetapkan hati kita di jalan dakwah. Di dalam solat kita juga sebenarnya kita telah berdoa agar hati kita tetap di jalan dakwah iaitu pada ayat ke-5 surah Al-Fatihah yang bermaksud "tetapkanlah kami di jalan yang lurus." iaitu jalan dakwah.

"Pandanglah hamba Allah itu dengan pandangan kasihan. Jangan pernah merasakan penjenayah seperti tiada masa hadapan dan ulama tiada kisah silam. Jangan pernah membenci pendosa tetapi bencilah DOSA yang dilakukannya."

 Syarat ketiga
Pada ayat "sesungguhnya mereka itu PEMUDA-PEMUDA"

Syarat yang ketiga ini, Allah menggunakan perkataan jamak(lebih dari satu) yang mana merujuk kepada bilangan pemuda. Di mana pemuda ashabul kahfi ini bukan seorang, tetapi lebih daripada seorang yang menunjukkan perintah kepada kita berjuang dan bergerak sebagai satu jamaah(kelompok/geng/korum) yang berpandukan Al-Quran dan Al-sunnah.

"Sesungguhnya Allah mengasihi ORANG-ORANG yang berperang untuk membela agamaNya, dalam BARISAN yang TERATUR rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (As-ssaf : 4)

Saidina Umar al-Khattab berkata :
"Tidak wujud ISLAM tanpa JAMAAH. Tidak wujud jamaah tanpa KEPIMPINAN. Tidak wujud  kepimpinan tanpa KETAATAN."

 Syarat keempat
Syarat ini dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep HARAKI(gerakan) apabila Allah s.w.t berfirman " ketika mana mereka BANGUN"

Islam bukanlah merupakan addin untuk golongan al-mutafajirin(golongan yang hanya melihat) ataupun golongan al-mutaq'idin(golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (lapuk).

Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

*********************************************************************************


"Islam agama untuk diperjuangkan. Bangkit dan berjuang. Barulah kita akan menjadi persis pemuda ashabul kahfi. Pemuda yang dikasihi Allah. Pemuda yang bergerak bukan berpeluk tubuh. Inilah perjuangan Islam."

InsyaAllah kita cuba berusah menjadi yang terbaik kerana syurga itu untuk mereka yang terbaik dan yang terbaik itu ialah mereka yang berjuang.

Memang tiada lagi pemuda ashabul kahfi TETAPI ayuh menjadi pemuda KLCC yang merempit menuju cinta Illahi!


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Segala komen membina sangat digalakkan untuk sebarang penambahbaikan dan perkongsian idea.

Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...