Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday, 31 March 2014

Biar Diri Semanis Madu

KENAPA GULA SUKA DIHURUNG OLEH SEMUT TETAPI BUKAN PADA MADU? PERNAHKAH KITA MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA PERKARA INI?

Wanita diciptakan begitu indah. Mereka mampu menggugat keimanan kaum lelaki jika tidak dipelihara adab, akhlak dan perilaku.

    Sepertimana gula dan madu. Manisnya gula menjadi kesukaan sang semut sedangkan gula hanya terdiri daripada pemanis sukrosa, fruktosa dan laktosa. Berbeza dengan manisnya madu. Sifat madu, tidak menarik perhatian sang semut walaupun terdiri daripada segala jenis nutrien.
Wanita muslimah yang memelihara akhlak dan auratnya akan terlindung daripada gangguan lelaki ajnabi sepertimana yang ada dalam firaman Allah berikut : "Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu."(surah al-Ahzab 33:59)

Jauhkan diri kita daripada menjadi seperti gula. Khasiatnya kurang, sifatnya hanyalah pemanis semata serta senang pula menarik perhatian dan hurungan semut. Tetapi jadilah seperti madu. Madu tidak menarik perhatian sang semut, sedikit pun tidak mengurangkan khasiat dan manfaatnya!

"Wanita yang suka menarik lelaki mudah goyah dan tersungkur lantaran kurang ilmu di dada, tandus akhlak mulia dan kurang menjaga kehormatan diri. Semoga kita dapat mendidik diri menjadi seperti manisnya madu."
TIP MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH :

  1. Gemar mencari ilmu dan menghadiri majlis ilmu.
  2. Sentiasa memperbaiki tuntutan memelihara aurat.
  3. 3Sentiasa berusaha dan berniat untuk menjadi baik dan memberi manfaat kepada orang lain.
  4. Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. 

Semoga kita dapat mendidik diri menjadi seperti manisnya madu.

Friday, 28 March 2014

5 SYARAT MENJADI KEKASIH ALLAH


1. SETIA KETIKA SUSAH DAN SENANG
Apabila diri merasa sakit kerana ditimpa ujian, serahkan jiwa kepada Allah Maha Penyembuh. Setialah juga kepada Allah apabila dianugerahkan pelbagai kegembiraan dengan melahirkan rasa syukur kepadaNya atas setiap nikmat yang dikurniakan.



2. TEKAD DAN TAUBAT
Didiklah diri untuk tekad meninggalkan dosa yang sering dilakukan dengan keimanan yang tinggi. Semoga dengan usaha itu kita dapat meraih pahala melakukan kebaikan. Janganlah kerana masih muda, taubat ditangguh-tangguhkan ke usia tua. Bertaubatlah ketika muda,moga-moga taubat ini sentiasa memandu kita untuk menjauhi dosa dan maksiat sehingga ke usia senja.

3. REDA KERANA ALLAH
Seseorang kekasih itu tidak pernaj persoalkan perkara yang tidak memuaskan hatinya. Hati yang sarat dengan perasaan cinta kepada Allah akan reda dengan ketentuan untuknya, sama ada dalam soal rezeki mahupun musibah. Reda yang lahir daripada jiwa yang bertawakkal pasti tidak pernah berhenti berusaha mencapai perkara yang terbaik dalam hidupnya.

4. AKHIRAT DAHULU, BARU DUNIA
Kejarlah hakikat yang ada di akhirat nanti. Biarpun perkara tersebut tidak dapat dilihat di dunia, keyakinan terhadap perkara-perkara ghaib ini mampu menjadikan seseorang itu mendahulukan akhirat. Oleh sebab itu, dunia yang sementara menjadi tempat persiapan melakukan perkara kebaikan dan menjauhi keburukan.

5. BERKORBAN DEMI ISLAM
Tanpa ragu, semua usaha demi kegemilangan Isalam sedia dilaksanakan. Jadikan pengorbanan para sahabat Rasulullah yang tidak pernah pudar semangat mereka mendaulatkan Islam sebagai motivasi.

SUMBER MAJALAH GEN-Q
Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...