Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, 13 January 2013

"Aku malu...maafkanlah.."

 A : "Aku malulah nak rapat balik dengan dia."
 B : "Kenapa pulak?"
 A : "Aku dah banyak buat salah dengan dia sebelum ni.."
 B : "Pergilah minta maaf.."
 A : "erm.. aku malulah.. kalau dia tak maafkan, macam mana?"

 Begitulah sikap sesetengah orang. Apabila berbuat salah terhadap orang lain, timbul perasaan malu dalam diri. Malu terhadap kesalahan yang dilakukan. Ketahuilah bahawa sikap sebegitu pasti akan mendatangkan kebaikan yang banyak. Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan perihal ini;

 "Malu itu tiada kesannya melainkan kebaikan."
 [ HR Bukhari ] 


 Alhamdulillah.. Teruskanlah berasa malu apabila berbuat salah.

 Tetapi, kita ada sedikit masalah. Mengapa kita malu untuk meminta maaf? Bukankah sikap 'meminta maaf'   itu sangat baik diamalkan? Ya.. kita wajib 'meminta maaf' apabila melakukan kesalahan terhadap orang lain.   Jangan malu untuk 'meminta maaf'. Perasaan malu itu biarlah bertempat. Malu berbuat jahat dianggap baik tetapi malu berbuat baik dianggap jahat. 'meminta maaf' adalah sesuatu yang baik, maka jangan malu melakukannya.

 "kalau dia tak maafkan, macam mana?"

 Belum minta maaf lagi, sudah berfikir yang bukan-bukan. Realitinya, memang itu yang berlaku. Sesetengah orang ragu-ragu untuk 'meminta maaf' kerana tidak yakin akan dimaafkan. Itu perkara biasa. Tidak semua manusia bersikap pemaaf. Tidak semua manusia rela hati memaafkan orang lain.




Begitulah sedikit corak kehidupan apabila kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia.

 Persoalan besar sekarang, bagaimana kesalahan kita terhadap Allah 'Azza Wa Jalla? Sudahkah kita memohon ampun pada-Nya? Sudahkah kita 'meminta maaf' pada-Nya? Cuba renung-renungkan seketika.. 

Hari ini, kita sedar akan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan disisi Allah SWT. Sehingga kita mengaku bahawa kita banyak melakukan dosa. Lalu, terbitlah perasaan malu terhadap semua dosa-dosa yang kita lakukan. Kita jadi malu terhadap Allah.

 Namun, mengapa perasaan malu terhadap Allah itu tidak diiringi dengan tindakan 'meminta maaf' kepada-Nya? Padahal kita tahu bahawa Allah Maha Pemaaf terhadap semua hamba-hambaNya.

 cuba kita ubah dialog di atas tadi..

A : "Aku malulah nak rapat balik dengan Allah."
 B : "Kenapa pulak?"
 A : "Aku dah banyak buat dosa dengan Allah sebelum ni.."
 B : "Aku pun macam tu .. apa kata kita minta maaf?"
 A : "Minta maaf? erm.. betul jugak. Allah confirm maafkan kan?"
 B : "Yups.. yakinlah.."

 "Jangan lupa minta maaf pada Allah!" ^^

 "Aku memohon ampun pada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya"

 Perhatikanlah pujukan daripada Allah ini


; يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ 
"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [39:53] 


 Pergh.. Allah memang terbaiklah! Tidak kira sebanyak manapun dosa kita, semuanya akan dimaafkan. Itu janji Allah. Allah akan memaafkan semua dosa orang-orang yang bersungguh-sungguh meminta maaf kepada-Nya. Dengan satu syarat, orang itu mestilah bebas daripada syirik kerana dosa syirik tidak akan diampunkan

 Ampunkanlah, Ya Allah 

 Kemudian, buktikan taubat kita dengan meningkatkan ketaatan kepadaNya serta memperbanyakkan amal kebaikan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang Allah redha


. وَاسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ 
"Dan beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih." [11:90] 

 Allah pujuk lagi.


. وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
 "Dan hendaklah kamu beristighfar (meminta ampun) kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat." [11:3] 

 Dari 'Abdullah bin 'Amr ibnul 'Ash radhiallahu 'anhuma, dia mengatakan:

 "Abu Bakr radhiallahu 'anhu pernah berkata kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Wahai Rasulullah, ajarilah aku sebuah do'a yang boleh kupanjatkan dalam shalatku." Nabi menjawab, "Katakanlah,


 اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ 
Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzhalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang. [HR Bukhari] 

 Jom kita amalkan doa yang Nabi ini!

 ~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~

 Dekatkan diri dengan Allah dengan ibadah sunat demi meraih redha & rahmat-Nya! ^_^
bermaaf-maafan sesama manusia lebih baik daripada berterusan bermusuhan 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Segala komen membina sangat digalakkan untuk sebarang penambahbaikan dan perkongsian idea.

Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...