Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday, 25 January 2013

Adab Masak Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW


Untuk memasak juga ada beberapa adab, jika kita ikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah SWT. Apabila kita hendak mula memasak seeloknhya ada wudhu' dan bawalah 6 sifat dalam diri kita. hendaklah tutup kepala dan anggota aurat. dan semasa berada di dapur, disarankan lakukan halaqah iman yakin, halaqah tajwid, dan halaqah 6 sifat sahabat.


 Doa masuk dapur

 رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
 Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


 Doa Waktu Sukat Beras

 الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ 
 Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


 Doa Buka Periuk


 اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
 Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.) p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.


 Zikir Waktu Masak


 لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ 
 Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58] (Kacau lawan jam)


 Doa Potong Sayur & Buah


 فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ 
 Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

 فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ 
 Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137] 


 Doa Simpan Beras


 وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
 Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]


 Doa Untuk Sedapkan Makanan

Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x 


Dan dalam masa yang sama kita kena banyakkan dakwah dekat dapur tu, bukan makanan yang bagi sedap, yang bagi sedap adalah Allah. bukan makanan yang bagi kenyang, yang bagi kenyang Allah, bukan air yang bagi hilang dahaga, yang bagi hilang dahaga adalah Allah. sama-sama kita amal dan juga sampaikan!

2 comments:

sarahkarim~ said...
This comment has been removed by the author.
ismailmuhammadjuffri said...

sebaiknya anda menyatakan sumber drmana dipetik penulisan ni...adekah dr hadith? jika dr hadith nyatakan sanad dan smada ia sahih/hasan/ daif... penulisan sepeti ini akan menyebabkan orang lain beramal tanpa berlandaskan nas yang sahih dan juga ianya akan menimbulkan keraguan. Rasulullah pernah bersabda yg mafhumnya: barangsiapa yang beramal sesuatu amalan yang bukan dari amalan kami, maka ia tertolak.
antara hadith dhaif dan hadith sahih, ambillah hadith sahih. wallahu a'lam

Post a Comment

Assalamualaikum.
Segala komen membina sangat digalakkan untuk sebarang penambahbaikan dan perkongsian idea.

Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...