Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, 24 November 2012


Helo, Kita Ini Seriyes Atau Tidak..??

[Kredit]

"Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"
[al-Mu'minun, 23:115]

Anda yang pernah melalui pengisian Ini Sungguh Kool! pasti akan tercebik atau tersenyum keji di dalam hati lantas berkata,

"Eleh, aku tahulah. Manusia diciptakan ada dua tujuan hidup; menjadi a'bid dan khalifah. Kacang cap Pagoda je ohoii!"

Err.  

Tetapi bagaimana untuk kita kaitkan ayat ini dengan diri kita sebagai seorang dai'e..?

Uhm uhm.

Anda sudah bersedia untuk dibakar..? Atau disiat-siat hati anda sampai mengalir air mata darah..? Baiklah. 

Saya berikan anda sepotong lagi ayat chenta yang saya ciplak dari al-Quran.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik." 
[al-Hadid, 57:16] 

Uhm uhm.

Saya kira kini anda sudah boleh mengagak apa yang saya mahu bebelkan.  

Mari saya tanya anda beberapa soalan.

Sudah berapa lama anda bergelar seorang Muslim?

Sudah berapa lama pula anda disepak dan dilanggar Makcik Hidayah..?

Sudah berapa lama anda jatuh chenta dengan tarbiyah dan dakwah..?

Dan sudah berapa lama pula anda berani menggelarkan diri anda sebagai seorang dai'e yang mahu menggalas tugas Syahadatul Haq itu..?

Baiklah, anda sudah menjawab semua persoalan itu? Sekarang beberapa soalan yang menampar-nampar pipi hati pula (bayangkan Bruce Lee sedang berteriak kuat sambil melempang musuhnya).

Semenjak itu, berapa ramai orang yang sudah tersentuh dengan qudwah yang kita tunjukkan sebagai seorang Muslim?

Sejak itu, sudah berapa kali kita mengucapkan syukur kerana ditakdirkan untuk dilanggar lari oleh Makcik Hidayah?

Semenjak itu, sudah berapa ramai yang kita ajak untuk sama-sama jatuh chenta berguling-guling dengan tarbiyah dan dakwah..?

Dan sejak hidung kita kembang-kempis, dahi berkerut penuh semangat untuk melaksanakan tugas Syahadatul Haq itu, sudah berapa ramai yang berjaya kita perangkap, jerat dan humban masuk ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini..?

Uh oh.

Ye ye, silakan hembus hingus dan lap mata anda yang sudah banjir itu. Err, perlukan tisu tambahankah..?

Teruskanlah dengan alasan retorik anda, "Akhi Inche gabbana, bukankah Allah tidak melihat pada hasil sesuatu usaha? Bukankah anda sendiri yang syok pompam bombam berhujah betapa Allah hanya melihat dan menilai kepada keikhlasan dan kesungguhan..?? Haish."

Anda benar. Ya, anda benar. 

Giliran saya untuk bertanya kepada anda sekali lagi.

Benarkah kita sudah benar-benar ikhlas berusaha..?

Betulkah kita bersungguh-sungguh melaksanakan tugas kita sebagai 'abid dan khilafah?

Dan sungguhkah kita telah merancang, mengatur strategi, bermuhasabah, berbincang dan sama-sama berqadhaya untuk memastikan gerak kerja kita benar-benar tersusun..?

Jika kita sudah melakukan semua itu, baharulah kita layak untuk mengatakan, "Ohoii Inche gabbana! Kami sudah berusaha tetapi kepada Allah lah kami menyerahkan segalanya!"

Kadang-kadang.. Silap, lebih sering dari kadang-kadang, saya selalu kechiwa melihatkan para penggerak dakwah yang lebih suka dan cukup kreatif memberikan pelbagai aneka alasan  bagi mempertahankan diri mereka yang malas dan culas daripada bergerak.

"Akhi jauh sangatlah tempat tu. Takde tempat lain ke untuk ana bawa bulatan gembira..? Ana bukan apa.. Kerja pon selalu balik lewat. Harap dapatlah nta pertimbangkan ye."

"Akak, saya dah cuba dah nak DF hadek-hadek tu. Tapi saya bukan apa, rasa hadek-hadek tu dah ada orang lain yang target. Nanti malaslah nak gaduh-gaduh semua."

"Syaikh! Ana rasa belum bersedia lagilah nak bawa bulatan gembira tu. Banyak lagi ilmu-ilmu yang ana tak kuasai. Nanti kalau anak-anak bulatan gembira ana tanya pasal hukum ni lah, kaedah tu lah.. Matilaaaahh ana nak jawab nanti!"

"Aiseh wiken ni saya dah ada program la. Dah lama rancang. Dah tiga bulan lebih saya janji dengan kawan-kawan saya. Minta maaf tak dapat nak hadiri konferens riang tu."

"Aaseef saya belum bersedia. Fulsetop." 

"Leh, bukan salah aku doh. Aku nak je buat. Tapi orang atas tak bagi, orang atas yang halang. Nak buat camne..?? Kau salahkah orang ataslah! Aku takde kuasa kottt.."

"Hmmm aku bukan apa bhai. Aku rasa jahiliyyah dalam diri aku ni banyak lagi tak setel.. Segan ah nanti, anak-anak usrah perhatikan. Ish takpelah, berilah aku masa sikit lagi.."

Aduhai. 

Walhal ada masa untuk berfoya-foya.

Walhal ada wang untuk bersuka-ria.

Walhal ada tenaga untuk bergembira.

Dan anda kata anda belum bersedia..?? Dan anda dakwa anda tidak bermaya..?? Dan anda sangka anda tidak punya upaya...?? Pfffttt!

Apa lagi yang anda tunggukan..? Langit terbelah dua..??

Apa lagi yang anda nantikan..? Keluar raksasa gorgon dari Selat Melaka..??

Apa lagi yang anda mahukan..? Turun segunung emas dari langit kelima..?? 

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehiudpan) di akhirat hanyalah sedikit!"
[at-Taubah, 9:38]

Air mata mengalir tidak terhenti-henti.

Memetik kata-kata Syaikh Ahmad Rasyid dalam karya Super Saiyanya, al-Muntalaq:

"Ini adalah kerana untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini, tidak perlu kepada berpindahnya bilangan yang besar dari mereka yang lalai dan menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang diperlukan ialah menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan kesungguhan mereka dan memperkenalkan kepada mereka jalan amal dan fiqh da’wah." 

Jadi kita yang mana..? Yang mengingatkan atau yang lalai itu? Yang menyedarkan atau yang menyeleweng itu...?  

Kata as-Syaikh lagi: 

"Walaupun kebelakangan ini telah banyak seruan dari dai'e Islam yang mengajak orang ramai, khususnya kepada mereka yang bersembahyang (ahli ibadat) supaya bekerjasama dan menolong dai'e Islam dalam kerja-kerja amar makruf, nahi mungkar ini, namun begitu sebahagian besar dari mereka hanya menggelupur sedih dengan realiti orang Islam. Mereka masih tidak mengetahui jalan kerja (tariqul ‘amal). Kalaupun mereka tahu, mereka dihalang pula oleh rasa takut dan ingin menjaga kepentingan. Takut memikul risiko dakwah dan pengorbanan serta inginkan harta dan kepentingan dunia."

Cukuplah. Cukuplah! Adakah kita ini golongan yang bekerja, atau mereka yang lalai dan bermain-main...??  

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah...??"

-gabbana-

Bukan, ini bukan post emo. Ini post peringatan untuk diri sendiri yang marhaen ini dahulu, sebelum mengingatkan anda yang lain.

Juga bukan post "Inche gabbana, cuba berlapang dada sedikit. Kita mana nak tahu hati masing-masing..?"

Harapnya anda sudah cukup matang untuk membezakan antara retorik dan fakta.

Aman.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Segala komen membina sangat digalakkan untuk sebarang penambahbaikan dan perkongsian idea.

Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...