Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, 28 April 2012

Lawatan AJK BADAR ke Kelantan

Lawatan kami telah diadakan selama 4 hari 3 malam ( Rabu hingga Sabtu) di Kelantan Darul Naim. Lawatan ini telah disertai oleh AJK BADAR tingkatan 5 sahaja kerana lawatan ini diisi dengan program Tamrin yang dianjurkan oleh mahasiswa USM Kubang Kerian dan UM Nilam Puri.

 Perjalanan kami memngambil masa selam 10 jam, kami sampai di penginapan (kem Kijang) pada jam 12 malam :-


Terima kasih kepada guru yang mengiringi kami selama lawatan kami disana

Ustazah Nor Zanariah
Cikgu Afifah
Ustaz Jamaluddin
Disana kami dialatih makan dalam talam

puteri
putera

Antara kenangan yang kami ukirkan disana

Kampung Kraftangan
USM Kubang Kerian
Restoran Nasi Ulam
Pusat Sakit Genetik

Keriangan di Pantai Cahaya Bulan
BBQ
Kuliah Maghrib 
aktiviti pagi di Kem Kijang



Terima kasih kami ucapakan kepada semua yang terlibat dalam Lawatan ke Kelantan ini.Hiharapkan agar BADAR di SMK Agama Slim River mencapai kecemerlangan di dunia mahupun akhirat
.

Saturday, 7 April 2012

Hadis PALSU tentang KIAMAT 2012



Assalamualaikum…mlm tadi banyak email yg masuk dalam peti inbox kita berkenaan huru hara pada tahun 2012 dan terdapat satu hadith Rasulullah s.a.w. yang di attach sekali pada email-email tersebut.
Baiklah, disini kita cuba untuk mengulas seberapa terperinci mengenai email2 yang kita terima. Sebelum tu meh kita baca dulu email tersebut.

03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

SUMBER:
mforum1
Facebook post dari tukulbesi
kakingail
dan terdapat banyak lagi sumber yang boleh didapati di internet. google jer.
Daripada mesej tersebut, kita telah melakukan sedikit kajian dan analisis. Mencari bukti kesahihan hadith, dan mencari video2 daripada astronout2 NASA. Bukannya kita tidak percayakan hadith atau nk menyangkal hadith Rasulullah s.a.w…
Tetapi pada zaman sekarang kita perlu banyak berwaspada kerana byk golongan yg suka menyesatkan orang Islam. Malah terdapat juga orang bukan Islam yang menyamar, juga terdapat orang Islam sendiri yang menyesatkan kaum seagama..Nauzubillah…minta dijauhkan..
Selepas itu, kita dapat tau dari blog2 yang mengatakan hadith tersebut adalah palsu!? Benarkah??

Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!
Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?
Wallahualam..

Penakluk Kota Konstantinopel



SETELAH 800 TAHUN HADIS INI DIUCAPKAN OLEH RASULULLAH AKHIRNYA >>
AL-FATEH-PENAKLUK KOTA KONSTANTINOPEL (ISTANBUL)

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (HR Imam Ahmad)

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine.



SEJARAH AL-FATEH DAN KONSTANTINOPEL
Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa
Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

Bila Dilanda Tekanan Dan Dukacita


Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada bebanan dan ujian. Kerap kali kita dilanda ujian dengan rasa sedih dan dukacita, rasa lemah dan malas, rasa kedekut dan penakut, bebanan hutang dan tekanan daripada penindasan orang.

Siapakah yang akan bersedia menjadi 'teman' buat kita kongsikan dugaan dan ujian yang menguja empunya diri ini dari hari ke hari? Mungkin untuk tempoh yang panjang ?

Kesediaan manusia terbatas, kesabaran manusia terhad, kemurahan manusia bersempadan dan kita amat memerlukan bantuan yang berpanjangan serta mungkin di luar kemampuan manusia biasa.

Rasulullah saw mengajar kita agar sentiasa mendambakan diri hanya kepadaNya semata-mata. KepadaNya kita menghambakan diri dan kepadaNya jua kita memohon segala pertolongan.

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Kisahnya,
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?" Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!"

Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku."(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).


Ada baiknya kita beramal dengan doa ini pada setiap pagi atau petang agar terbina keakraban hubungan dengan Allah swt. Doa ini adalah sebahabian daripada 'Al-Ma'thurat', yang bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.

Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa kita akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib: "Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."

Mari kita ingati akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Selamat beramal....

Friday, 6 April 2012

Strategi Memilih Program Di Universiti


Keputusan SPM dan STPM telah di umumkan. Ramai yang keliru
dalam memastikan program dan universiti mana yang terbaik
untuk diri mereka. Di peringkat ini, anda sebenarnya mencari-cari identiti    diri sebagai proses membuat keputusan yang tepat dalam menentukan hala tuju kehidupan anda selepas ini.

Saya sendiri pernah melalui detik-detik ini dan sekarang saya bertugas sebagai Penolong Pendaftar Akademik di UiTM Cawangan Kelantan. Berdasarkan pengalaman dan bidang kerjaya, saya ingin kongsikan kaedah yang boleh digunakan dalam dalam memilih program Universiti yang sesuai dengan diri anda. Mungkin ia juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk membantu orang lain yang memerlukan pandangan dan pendapat.

Kaedah pemilihan ini diberi nama A.I.M. iaitu singkatan kepada A= Ability, I=Interest dan M=Market.

1. Keupayaan. ( Ability )

Ada yang memilihan hanya berdasarkan keupayaan. Mengikut konsep A.I.M. yang selalu saya ceritakan kepada calon-calon lepasan SPM A adalah merujuk kepada Ability iaitu keupayaan. Keupayaan terbahagi kepada dua Fizikal dan Akademik.

Fizikal - adalah keupayaan fizikal dengan merujuk kepada keboleh upayaan melakukan kerja dalam bidang berkaitan program yang dipilih. Contohnya, pelajar yang takut dengan darah, tidak perlulah memilih program yang berkaitan dengan perubatan. Kerana ia akan menyebabkan kebolehan anda terbatas.

Akademik - adalah kemampuan anda berdasarkan keptusan yang telah diperolehi. Dengan lebih tepat, boleh dikatakan sebagai kelayakan akademik untuk sesuatu program. Kalau syarat kelayakan terlalu minimum untuk program tersebut tak perlu lah pilih kerana anda perlu bersaing dengan pelajar yang lebih cemerlang keputusannya. Nak tahu syarat anda lepas atau tidak semak disini: http://www.selangkah.uitm.edu.my.

2. Minat. ( Interest )

Minat memainkan peranan yang sangat penting didalam kehidupan kita. Anda perlu membezakan diantara suka dan minat. Kadang-kala kita sekadar suka tetapi tidak minat menyebabkan kerja yang dilakukan hanya separuh jalan bila berhadapan dengan masalah. Tetapi sekiranya kita minat, walaupun pelbagai dugaan dan rintangan muncul kita tetap meneruskan perjuangan.

Minat boleh mengubah seseorang dan minat juga boleh berubah-ubah. Yang penting sejauhmana kita mengawal ia situasi. Selalunya minat kita boleh dikaitkan dengan apa jua bidang yang diceburi.

3. Pasaran ( Market )

Di dalam kekeliruan membuat pemilihan, anda seharusnya memandang jauh ke depan dengan menganalisa pasaran dan peluang pekerjaan melalui bidang yang anda ingin ceburi. Ingat, menganalisa bukanlah sekadar menilik dan mencogak. Ia memerlukan kajian yang menyeluruh. Rujuk kepada yang lebih arif dan lebih berpengalaman. Jangan sekadar melihat peluang semasa tetapi apa yang akan berlaku lagi 3 tahun akan datang.

Pasaran kerja juga bergantung kepada individu tersebut. Bukan hanya bersandarkan kepada sejauhmana popularnya program tersebut. Cuba bayangkan seorang pelajar kejuruteraan yang bergraduat dengan CGPA 2.00 (Cukup-cukup makan) dan Pelajar dari aliran sastera graduat dengan CGPA 3.50 (Cemerlang). Anda fikir-fikirkan sendiri.

Kenapa ramai yang tersalah pilih? Setelah merujuk kepada ketiga-tiga faktor pemilihan diatas, ramai diantara calon-calon lepasan SPM ini hanya melihat kepada satu aspek sahaja. Ada yang sekadar meilihat keupayaan akademik sahaja. Dengan beranggapan, "aku dah score A mesti aku boleh buat" dan mengenepikan faktor minat yang menyebabkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.

Ada juga membuat keputusan cukup sekadar minat. Apa yang mereka minat, itulah yang mereka pilih. Akhirnya, satu program pun tak layak sebab persaingan akademik terlalu sengit. Mereka terpaksa bersaing dengan yang lebih cemerlang.

Situasi sekarang, ramai yang merujuk kepada faktor peluang kerja sahaja. Sedangkan tiada langsung perasaan minat menyebabkan bila mula bekerja mereka tidak dapat fokus dengan apa yang mereka buat. Faktor ini banyak berlaku dikalangan ibu bapa sekarang yang inginkan anak mereka menjadi begini atau menjadi begitu. Akhirnya, apa yang mereka belajar tidak selari dengan apa yang mereka kerja.


Bagaimana hendak memilih? Kesemua faktor-faktor diatas perlu diselaraskan. Bermakna, keputusan dibuat dengan mengambil kira semua elemen secara sama rata.

Saya pernah menyampaikan taklimat pemilihan program ke ipt kepada sebuah sekolah di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelantan. Saya ada mencadangkan beberapa tips untuk memastikan ketiga-tiga faktor diatas boleh diselaraskan.

Semuanya tips tersebut ada 7:

•Kenali Diri Sendiri
•Minat dan Kebolehan
•Buat Keputusan Berdasarkantingkat Gajidan Peluang Pendadapatan
•Yakin / Percayakan diri sendiri
•Berbincang dengan Ibubapa dan Kaunselor
•Ambil masa untuk berfikir-jangan ambil mudah
•Ambil langkah kearah pilihan kursus

Semoga artikel ini dapat membantu anda. Tetapi ingat, apa yang saya ceritakan diatas hanyalah 30% daripada proses pemilihan. Selebihnya, sebagai umat islam kita harus memohon petunjuk dan merujuk kepada Allah s.w.t. supaya pilihan yang dibuat diberkati. Banyakkan buat solat istikharah, kerana itulah yang utama dalam kehidupan kita semua.
Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...