Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday, 12 March 2012

Buat Dia Yang Bergelar Pemimpin

"Aku tak boleh, aku tak kuat."

"Aku lembik, lemah."

"Aku tak pandai nak sesuaikan diri d eng an keadaan."

"Aku rasa ada yang lebih layak daripada aku."

"Aku tak dapat nak galas amanah ni, susah sangat, berat san gat."

Aku pernah merasai perkara yang tertulis di atas, bahkan lebih daripada itu. Ketika itu aku dilantik untuk menerajui salah satu amanah pada satu masa yang telah Allah S.W.T tentukan, aku pasrah. Aku tunduk pada ketentuan-Nya. Aku taat pada perintah-Nya. Aku sujud memohon kekuatan-Nya. Aku memanjatkan doaku pada-Nya agar menjadi lebih kuat.

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."

[Al-Mu'minun : 60]

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Doa itu ialah ibadat." [HR Bukhari]

Dalam hadith lain, Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud :

"Doa merupakan satu ibadat." Lalu baginda membaca ayat, "Dan berkata Tuhan-Mu: Berdoalah kepada-Ku." [HR Abu Daud dan Tirmidzi]

Aku patuh pada takdir-Nya, kerana aku tidak tahu perkara yang terbaik bagiku melainkan Dia, Pencipta aku yang Maha Tahu kekuatan dan kelemahan aku.


Kadang-kadang aku melakukan khilaf namun tidak sedar tentang itu. Sebenarnya, dalam aku berusaha, aku juga berputus asa. Namun bukan itu adab seorang hamba pada pemilik-Nya. Ampunkanlah aku wahai Tuhanku.

Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:

"Doa seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa. Mereka bertanya : Apa yang dimaksud tergesa-gesa? Beliau menjawab : Dia berkata ; Saya berdoa berkali-kali tidak dikabulkan, lalu dia merasa menyesal kemudian meninggalkan doa." (HR Muslim)

Jika difikirkan amanah ini, aku tidak dapat hendak menanggungnya, hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang aku rasai. Telah kekeringan air mata dan telah lesu kepenatan aku berfikir untuk aku terus kuat dan gagah sebagaimana pahlawan-pahlawan silam yang telah terbukti keimanannya juga kejayaannya. Dengan itu, aku berusaha bangkit dan melawan.

Segala tindakan aku sebagai pemegang amanah tertakluk kepada terma dan syarat Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W yang berada dalam satu pakej lengkap iaitu Islam. Sesunguhnya aku akan ditanya di mahkamah akhirat yang tiada sebarang ketidakadilan dan keraguan. Islam itu akan membuahkan iman dan ihsan, dan titik bermula segala tindakan ialah hati.

"Sesungguhnya, di dalam badan manusia itu ada seketul darah. Jika ianya baik maka seluruh anggotanya turut baik dan jika ianya buruk, buruklah seluruhnya. Itulah dia, hati." [HR Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya, telah banyak yang menjadi persoalan telah dijawab di dalam Al-Quran. Namun hanya aku yang tidak menyedarinya. Aku mohon petunjuk dan rahmat daripada-Nya agar aku berjaya memikul amanah ini. Aku akan jalani dan lakukan sebaik mana yang aku mampu dan akan aku cuba kembali kepada fitrah asal kejadianku yang menginginkan kejayaan daripada Dia yang satu.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Segala komen membina sangat digalakkan untuk sebarang penambahbaikan dan perkongsian idea.

Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...