Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday, 16 March 2012

3 Jenis Manusia Yang Diperlukan Untuk Berjaya

Pada tulisan kali ini, saya ingin menulis mengenai
3 jenis manusia yang sangat diperlukan oleh Usahawan
untuk berjaya. Jika anda baru nak bertatih dalam bidang
keusahawanan. Pastikan anda cari 3 jenis orang ini dengan apa cara sekalipun.Jalan anda akan menjadi jauh lebih mudah dengan
adanya 3 jenis manusia ini. Siapakah mereka?

1. Mentor
Mentor atau guru adalah sesiapa di sekeliling anda yang lebih tua dan telah berjaya bagi anda. Orang seperti ini tidak semestinya hanya seorang. Anda boleh mencari ramai orang, seolah-olah mencari ramai guru untuk mempelajari ilmu-ilmu tertentu.

Anda perlu juga tahu cara membezakan ilmu dan sampah. Kekadang mungkin anda perlu melaluinya baru anda tahu samada ini ilmu atau sampah.

Contohnya, jika mentor yang anda ada pernah ditipu oleh orang Pakistan, maka mungkin dia akan menyatakan kepada anda bahawa "orang Pakistan tak sesuai untuk perniagaan. Jangan sekali-kali berurusan dengan mereka".

Kenyataan seperti ini mungkin betul, mungkin juga sampah. Tetapi anda harus mengambil langkah berjaga-jaga jika ditakdirkan membuat perniagaan dengan orang Pakistan.

Tetapi dalam banyak keadaan saya lihat, kesimpulan yang dibuat oleh orang yang lebih tua kebanyakannya betul (orang Pakistan hanya contoh semata-mata).

Mempunyai seorang mentor adalah seperti anda berdiri di atas bahu gergasi yang besar. Anda tidak perlu melalui pengalaman 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun. Anda hanya perlu tahu tips-tips ini dari orang yang layak memberi tips.

Saya secara peribadi agak bersyukur kerana saya mempunyai ramai rakan yang dua kali ganda umur dari saya. Dan saya mendapat banyak tips-tips berguna dari mereka.

Jadi sebagai usahawan baru, cari mentor anda. Jika tidak, anda akan menghabiskan 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun melakukan kesalahan yang tidak perlu.

2. Rakan Sekeliling yang Berjaya
"Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk"

Apabila dua insan bertemu, mereka akan saling mempengaruhi antara satu sama lain, walaupun dalam aspek yang baik mahupun jahat. Ini reality. Terima ini sebagai kebenaran.

Jadi untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu mengelilingi diri anda dengan orang yang berniaga, jika lebih baik, orang berniaga yang berjaya.

Anda harus lakukan apa saja untuk ini. Jika anda kekal mengelilingi diri anda dengan orang yang bekerja makan gaji, semangat anda akan luntur.
Ini boleh difahami dengan mudah apabila kita lihat apa yang dituturkan oleh pekerja dan peniaga.


Pekerja biasanya akan merungut mengenai gaji, boss, politik pejabat, masa cuti yang singkat, dan akan bergembira jika diberi bonus, kenaikan pangkat atau mendapat tawaran kerja baru.

Manakala peniaga pula akan merungut mengenai sales yang jatuh, perniagaan yang tak menjadi, pengurusan perniagaan yang salah, barangan lambat sampai dan peniaga akan bergembira jika sales meningkat naik, perniagaan yang dirancang menjadi, pelanggan puas hati atau membuka cawangan baru.

Jadi pekerja dan peniaga dalam dunia yang berasingan. Untuk jadi peniaga, kelilingi diri anda dengan golongan peniaga. Mereka akan lebih memahami anda dan anda juga akan lebih memahami mereka.
Kongsi masalah dan kongsi pengalaman bersama mereka .

3. Super-connector
Golong ketiga pula adalah super-connected. Super-connected adalah orang yang mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan. Mereka ini mudah dikenali. Ciri-ciri mereka adalah mereka mesra dengan semua orang, mempunyai ramai kawan, tidak mempunyai cita-cita tinggi dan selesa dengan kehidupan yang ada.

Sebagai usahawan kita mempunyai cita-cita tinggi, jadi kita boleh gunakan orang super-connector ini untuk mengenali orang yang kita perlukan. Mengunakan di sini tidak bermaksud mengeksploitasi. Menggunakan dengan niat yang baik.

Jaga super-connector ini sebaik mungkin. Berikan mereka keselesaan untuk bersama anda. Cuba selesaikan masalah mereka. Biasanya masalah yang mereka hadapi mungkin dari aspek kewangan. Anda boleh belanja mereka makan setiap kali keluar bersama. Ini sudah memadai bagi mereka. Mereka tahu bahawa mereka tidak mengeluarkan apa-apa modal apabila bersama anda.

Melalui mereka ini, dapatkan contact yang perlu pada waktu yang perlu. Ini bermaksud, anda seolah-olah meminta pertolongan dari mereka. Jika mereka kenalkan dengan orang yang kita perlukan. Ucapkan terima kasih. Sentiasa kenang jasa mereka.

Orang yang bersyukur akan ditambahkan rezeki mereka.

Tuesday, 13 March 2012

Hijrah Hati

Duhai hati.
Apa yang kau cari.

Isimu banyak terluka.
Kisahmu penuh sengketa.
Cukuplah dengan dusta.
Tidak perlu kau menadah.
Untuk jiwa yang tak pernah kisah.

Untuk arjuna yang hanya singgah.
Lupakan dia.
Janjimu jangan kau lupa.
Untuk dia yang tak diketahui siapa.

Duhai hati.


Relakan dirimu dengan takdirNYA.
Tadbirkan hidupmu dengan jalanNYA.
Ikhlaskan jiwamu dengan dugaanNYA.
Yakinlah pasti kau temui bahagia.
Yang hilangkan semua air mata.
Yang leraikan semua kecewa.

Kepada ALLAH hati dituju.
RahmatNYA masih jauh untuk bertemu.
Tapi berusahalah dekatkanNYA denganmu.
Terlalu jauh langkah ini berlalu.
Tapi ketenangan masih dirindu.
Dosa tetap berlingkar padu.
Oh hinanya sendu.
Sendu yang bukan selayaknya perlu!


Ya ALLAH.
Ampunkan hati yang hina.
Ingatkan semua yang alpa.
Hijrah mencari redha.
Hanya itu yang didamba.

Ya ALLAH.
Hati yang banyak cela.
Hijab yang belum sempurna.
Kata yang penuh nista.
Jiwa yang diulit dosa.
Mengenang kasih yang tak sudah.
Mengenang cinta yang tak endah.

Namun Ya ALLAH.
Berapa lama pun hati itu menjauh.
Betapa banyak pun dosa yang dipalu.
Jangan KAU paling hati itu.
Jangan biarkan ia jemu.
Untuk terus meminta restu.
Untuk terus berhijrah ke situ.

Dalam rahmat waktu ini.
Yang masih KAU pinjamkan lagi.
Semoga masih ada sinar menanti.
Cahaya yang takkan padam lagi.
Untuk menyinari hati yang masih sendiri.

Lembaran baru akan dibuka.
Pastinya ada suka dan duka.
Namun tabah tetap dipinta.
DariMU yang tidak pernah lupa.
Sentiasa ada di sisi jua.

Ya Rahman Ya Rahim.
Kesyukuran dipanjatkan setulusnya.
Keredhaan dicari sesungguhnya.
Keikhlasan dipahat semahunya.
Berkati hati itu Ya ALLAH.
Moga ada sinar di hujung sana.

Setiap detik adalah hijrah.
Hijrah yang mendamba redha.

Monday, 12 March 2012

Rindu Nabi Muhammad terhadap Kita


Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari?
Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan
betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

..................................................

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Buat Dia Yang Bergelar Pemimpin

"Aku tak boleh, aku tak kuat."

"Aku lembik, lemah."

"Aku tak pandai nak sesuaikan diri d eng an keadaan."

"Aku rasa ada yang lebih layak daripada aku."

"Aku tak dapat nak galas amanah ni, susah sangat, berat san gat."

Aku pernah merasai perkara yang tertulis di atas, bahkan lebih daripada itu. Ketika itu aku dilantik untuk menerajui salah satu amanah pada satu masa yang telah Allah S.W.T tentukan, aku pasrah. Aku tunduk pada ketentuan-Nya. Aku taat pada perintah-Nya. Aku sujud memohon kekuatan-Nya. Aku memanjatkan doaku pada-Nya agar menjadi lebih kuat.

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."

[Al-Mu'minun : 60]

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Doa itu ialah ibadat." [HR Bukhari]

Dalam hadith lain, Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud :

"Doa merupakan satu ibadat." Lalu baginda membaca ayat, "Dan berkata Tuhan-Mu: Berdoalah kepada-Ku." [HR Abu Daud dan Tirmidzi]

Aku patuh pada takdir-Nya, kerana aku tidak tahu perkara yang terbaik bagiku melainkan Dia, Pencipta aku yang Maha Tahu kekuatan dan kelemahan aku.


Kadang-kadang aku melakukan khilaf namun tidak sedar tentang itu. Sebenarnya, dalam aku berusaha, aku juga berputus asa. Namun bukan itu adab seorang hamba pada pemilik-Nya. Ampunkanlah aku wahai Tuhanku.

Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:

"Doa seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa. Mereka bertanya : Apa yang dimaksud tergesa-gesa? Beliau menjawab : Dia berkata ; Saya berdoa berkali-kali tidak dikabulkan, lalu dia merasa menyesal kemudian meninggalkan doa." (HR Muslim)

Jika difikirkan amanah ini, aku tidak dapat hendak menanggungnya, hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang aku rasai. Telah kekeringan air mata dan telah lesu kepenatan aku berfikir untuk aku terus kuat dan gagah sebagaimana pahlawan-pahlawan silam yang telah terbukti keimanannya juga kejayaannya. Dengan itu, aku berusaha bangkit dan melawan.

Segala tindakan aku sebagai pemegang amanah tertakluk kepada terma dan syarat Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W yang berada dalam satu pakej lengkap iaitu Islam. Sesunguhnya aku akan ditanya di mahkamah akhirat yang tiada sebarang ketidakadilan dan keraguan. Islam itu akan membuahkan iman dan ihsan, dan titik bermula segala tindakan ialah hati.

"Sesungguhnya, di dalam badan manusia itu ada seketul darah. Jika ianya baik maka seluruh anggotanya turut baik dan jika ianya buruk, buruklah seluruhnya. Itulah dia, hati." [HR Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya, telah banyak yang menjadi persoalan telah dijawab di dalam Al-Quran. Namun hanya aku yang tidak menyedarinya. Aku mohon petunjuk dan rahmat daripada-Nya agar aku berjaya memikul amanah ini. Aku akan jalani dan lakukan sebaik mana yang aku mampu dan akan aku cuba kembali kepada fitrah asal kejadianku yang menginginkan kejayaan daripada Dia yang satu.

Saturday, 10 March 2012

Mari Berbahasa Arab !

Bahasa Arab memang sebuah bahasa yang istimewa.Sehingga Allah SWT
berkenan berbicara kepada umat manusia dengan bahasa Arab lewat
Al-Quran Al-Karim.

Padahal Al-Quran itu bukan hanya ditujukan kepada bangsa Arab saja, melainkan untuk seluruh umat manusia sepanjang zaman.

Namun khusus untuk nabi yang terakhir, Allah SWT telah menetapkan kebijakan tersendiri. Pertama, nabi terakhir itu benar-benar nabi yang diutus untuk terakhir kalinya. Ertinya, setelah itu tidak akan ada lagi nabi, meski hari kiamat masih jauh. Kedua, nabi itu hanya memiliki satu bahasa dan tentunya kitab suci yang diturunkan pun hanya satu bahasa saja. Dan bahasa yang dipilih adalah bahasa Arab.

Keistimewaan Bahasa Arab :-

1. Bahasa Arab adalah induk dari semua bahasa manusia

Analisa yang sering digunakan adalah bahwa sejak manusia pertama, Nabi Adam as, menjejakkan kaki di atas bumi, beliau sudah pandai berbicara. Dan karena sebelum beliau adalah penduduk surga, di mana ada keterangan bahwa bahasa penduduk surga adalah bahasa Arab di dalam suatu riwayat, maka otomatis bahasa yang digunakan oleh Nabi Adam as itu adalah bahasa Arab.

2. Bahasa Arab adalah Bahasa Tertua dan Abadi

Sejarah membuktikan bahwa sejak zaman Ibrahim as. di muka bumi yang diperkirakan hidup pada abad 19 sebelum masehi, mereka tercatat sudah menggunakan bahasa Arab. Itu berarti bahasa Arab paling tidak sudah digunakan oleh umat manusia sejak 40 abad yang lalu, atau 40.000 tahun

3. Bahasa Arab adalah Bahasa yang Paling Banyak Diserap

Bahkan serapan dari bahasa Arab nyaris terdapat di hampir semua bahasa yang ada saat ini.Bahkan bahasa ilmiyah di dunia sains pun tidak lepas dari pengaruh serapan kata dari bahasa Arab. Istilah alkohol, aljabar, algoritme dan lainnya adalah bagian dari serapan dari bahasa arab.

4. Bahasa Arab Memiliki Jumlah Perbendaharaan Kata yang Paling Banyak

Sebagai contoh, salah satu peneliti bahasa Arab mengemukakan bahwa orang Arab punya 80 sinonim untuk kata yang bermakna unta. Dan punya 200 sinonim untuk kata yang bermakna anjing.

                                                         Belajar Mengira Arab Jom !! ^_^



Kualiti Hati

Mengapa soal hati sangat penting?
Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia.

Sekiranya hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan.

Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan,ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.

Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Lihat sahaja Hosni Mubarak (Mesir), Zainal Abidin (Tunisia), Ghaddafi (Libya) yang tidak cukup-cukup dengan kuasa atau Tiger Woods yang tidak cukup-cukup dengan wanita.

Hakikatnya, berjaya mencapai kekuasaan, kekayaan, kecantikan dan lain-lain tanpa kualiti hati (iman) hanya akan menjurumuskan mansia kepada rasa kekosongan, kemurungan dan kebosanan. Inilah yang menyebabkan berlakuya penzinahan, rasuah, ketagihan dadah, arak dan sakit jiwa dikalangan individu-individu yang kaya, jelita, berkuasa dan sebagainya.


Apabila kualiti hati rendah, sedikit nikmat tidak cukup, banyaknya. Akibat tidak syukur, sabar, qanaah dan redha, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan. Sebaliknya, hati yang kuat mampu mengawal nafsu (kehendak biologi, seksologi dan fisiologi) umpama burung yang menerbangkan sangkarnya. Manakala, hati yang lemah sentiasa terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu seperti burung yang terkurung oleh sangkarnya.

Hati yang kuat akan memandang segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang sering disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikiran positif. Dan apabila kita berfikiran positif, segala yang positif akan tertarik kepada kita. Ini pula yang disebut sebagai hukum tarikan (law of attractions) dalam kehidupan.

Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (worldview) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakukan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimananya kepada Allah) akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan akidah – tauhidic mind set, lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorang mukmin yang segala kelakukannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiah.



Friday, 9 March 2012

Malunya Aku PadaMu


Tika seluruh alam masih lagi sunyi,
Tika manusia sedang lena dibuai mimpi,

Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun,
Tika sang suria masih belum memancarkan sinar,
Ku gagahi diri bangun, untuk sujud menghina diri dihadapanMu

Ya Allah, aku cemburu!
Betapa kerdilnya aku di hadapanMu,
Langit dan bumiMu terbentang seluas mata memandang,
Subhanallah, aku tertunduk malu..
Malu denganMu ya Allah,
Aku malu dengan segala makhluk ciptaanMu,
Aku malu pada pohon-pohon hijau,
Aku malu pada batu-batuan
Kerana 'mereka' tidak pernah henti berzikir memujiMu

Tapi aku??
Aku merasa tersindir pada alam sekelilingiku,
Aku merasa tersindir dengan ketaatan makhluk ciptaanMu,
Aku tertunduk malu,
Aku malu Ya Allah,
Aku hanya manusia hina,
Hanya dijadikan dari setitis air mani yang hina,
Aku manusia lalai yang leka dengan arus dunia,
Allahuakbar, lemahnya hambaMu ini,


Aku perlukan kekuatan dariMu Allah,
Kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,

Agar aku tidak kecundang dgn arus dunia,

Tetapi aku sedar,

Perjuangan seorang hamba bukan mudah,
Ianya bukan dihampar dengan permaidani indah,
Tapi dipenuhi dgn jalan yang berduri.
Aku menadah tangan menghina diri dihadapanMu,
Aku merayu dan mengemis kepada-Mu,
Agar diampunkan segala dosa-dosaku,
Agar dihadiahi walau setitis cinta dariMu,
Ya Robbi berikanku kekuatan agar aku menjadi hamba yang disayangiMu.
Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...