Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, 19 February 2012

Hukum Makan Dalam Talam

Ramai yang mengatakan bahawa makan di dalam talam bukan sunnah nabi SAW. Tiada hadis makan dinyatakan secara direct. Apa yang saya lebih suka untuk nyatakan ialah makan berjemaah. Walaupun kita makan menggunakan pinggan tetapi semua makanan kita kongsikan bersama. Ini lah perkara yang dapat dicapai dengan menggunakan talam. Saya tidak mengatakan dengan menggunakan pinggan tujuan dan maksud yang sama tidak dapat dicapai… tetapi adalah terlebih baik untuk menggunakan talam.





Berkumpul menghadapi hidangan dan makanan secara berjama’ah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadits berikut:

“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:

Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.Dia menjawab: Benar ya Rasulullah.Rasulullah berkata:

Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.

Hadits di atas memerintahkan kepada kita agar setiap kali makan supaya makan bersama-sama sebab makan sendiri-sendiri itu disamping akan membuat masing-masing orang yang makan itu tidak akan kenyang (seperti kata sahabat di atas) juga tidak mendapatkan berkah/kecukupan. Kerana kecukupan itu akan diperoleh dengan makan bersama, meskipun jumlah peserta hidangan bertambah, sebagaimana kata Nabi SAW:

“Makanlah berjama’ah dan jangan bercerai-berai, sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang”.

“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895).




Sumayyah Wanita Pertama Mati Syahid

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.


Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

"Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami," kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

"Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita," kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

"Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka," tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

"Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu," Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

"Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami," balas Yasir dengan tenang.

"Saya beriman dengan Allah sahaja," kata Sumayyah pula.
"Berani kamu melawan kata-kata saya," api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

"Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu," Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

"Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini," sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

"Tiada tuhan melainkan Allah," kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

"Letakkan batu besar ke atas badan Yasir," arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

"Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!" Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

"Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,". Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

"Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!" Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

"Allahu Akbar". Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

- Artikel iluvislam.com

5 Tips Memilih Teman Baik

"Seseorang berada di atas agama kawannya."

Demikian pesan Nabi kita.

Kenapa ye? Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita. Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya. Maka, carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.

Nak cari di mana? Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita. Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.


Bagaimana menghargai? Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'. Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?

Kalau kawan tu tak beragama, macam mana? Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.

Apa kata ulama yang kita sayangi? Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:

1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.



Sumber: http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/12/5-tips-memilih-teman-baik.html

Ketakutan Kami Istimewa

Antara fitrah manusia adalah ketakutan. Takut membuatkan manusia lebih berjaga-jaga.

Takut gagal periksa, manusia belajar. Takut gemuk, manusia diet. Takut tak sihat, manusia riadhah. Takut kena langgar kereta, manusia lintas jalan tengok kiri kanan. Takut anak kena culik, manusia tak lepaskan anak gitu aja.

Dan begitulah sedikit ‘ketakutan’ yang wujud, dari ribuan ketakutan yang wujud di dalam kehidupan kita.

Takut menghasilkan amal. Takut menghasilkan gerak. Takut membuatkan manusia berbuat sesuatu. Memang lumrah manusia, memerlukan ketakutan sebenarnya.

Dan wujud di dalam dunia ini satu ketakutan bertaraf istimewa.

Itulah dia ketakutan kepada Allah SWT.


Takut menghasilkan defensive system,

Berjaga-jaga adalah hasil dari ketakutan.

Sekiranya kita meletakkan ketakutan kita pada tempat yang betul, yakni takut kepada Allah SWT, takut hendak melanggar perintahNya, takut hendak melakukan laranganNya, maka ketakutan kita akan menghasilkan satu defensive system yang tertinggi di dalam kehidupan manusia.

Itulah apa yang dinamakan sebagai Taqwa. Taqwa adalah satu perasaan takut untuk melanggar perintah Allah SWT dan takut untuk menyentuh laranganNya. Akhirnya, ketakutan yang bernama taqwa ini membuatkan kehidupan manusia bergerak di atas kebaikan semata-mata. Hal ini kerana, tiada apa yang disuruh oleh Allah itu melainkan ianya mendatangkan kebaikan, dan tiada apa yang dilarang oleh Allah SWT itu melainkan ianya mendatangkan keburukan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.” Surah Al-Hasyr ayat 18.

Akhirnya, ketakutan ini membuatkan kita bergerak ke arah kebaikan.

Bukan takut yang membungkus kita ke dalam kelemahan dan kekerdilan. Ia adalah takut yang mengangkat kita tinggi dan menkecup kegemilangan.


Takut ini takut yang unik

Antara keunikan takut kepada Allah SWT adalah, takut ini membuatkan kita semakin hampir kepadaNya. Takut kepada Allah tidak membuatkan kita jauh dariNya. Bahkan semakin kita takut kepadaNya, semakin kita rasa perlu mendekatiNya.

Tiada ketakutan yang mampu menghasilkan hubungan sebegini rupa melainkan takut kepada Allah semata-mata.

Unik lagi, ketakutan ini tidak menghasilkan kegelisahan. Bahkan ia menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan. Rasa diri ini terjaga, rasa diri ini berada atas kebenaran dan terselamat dari perkara yang bukan-bukan. Diri rasa selamat dan hidup.

Tambah unik, ketakutan kepada Allah keberanian yang tidak tertanding. Contoh termudah adalah Rib’i bin Amir, seorang tentera biasa yang telah bergerak berseorangan menghadap Rustum di istana gilang gemilang.

Rib’i langsung tidak gentar, tidak pula merasa kerdil.

Dia bahkan berbicara lantang menyatakan matlamat kehadirannya, dan perjuangan ummat Islam di hadapan Rustum.

Sedangkan dia hanya seorang, dan dia sedang berhadapan Raja yang menjadi musuhnya, sedang raja itu dikelilingi tentera-tenteranya.

Unik sungguh ketakutan kepada Allah ini. Adakah wujud ketakutan seperti ini pada ketakutan selain ketakutan kepada Allah?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” Surah Al-Maidah ayat 35.


Persoalan penting: Bagaimana hendak takut?

Maka timbul persoalan, bagaimanakah kita hendak merasai ketakutan sebegini rupa? Ketakutan yang menjaga kita, ketakutan yang membewa kita ke arah yang selamat, ketakutan yang memberikan keberanian dan kekuatan ini?

Perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah keimanan. Apakah keimanan kepada Allah itu wujud di dalam jiwa kita? Apakah kita percaya bahawa Allah itu Maha Perkasa? Adakah kita percaya bahawa Allah itulah Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya? Apakah kita yakin betapa tiada yang akan mampu memudaratkan kita melainkan Dia? Adakah kita yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang kita lakukan?

Keyakinan inilah yang membuatkan ketakutan itu muncul.

Bayangkan, anda sedang berzina dan anda merasakan bahawa Allah sedang melihat anda berzina. Apakah perasaan anda?

Bayangkan, anda sedang mencuri dan anda merasakan bahawa Allah sedang melihat anda mencuri. Apakah perasaan anda?

Bayangkan, anda sedang melakukan kemaksiatan dan kemungkaran, dan anda merasakan bahawa Allah sedang melihat anda melakukan semua iu. Apakah perasaan anda?

Allah Yang Maha Perkasa itu. Allah Yang Menciptakan segala-galanya itu. Allah Yang Berkuasa Atas Segala-galanya itu. Allah Yang Mempunyai Neraka Yang Sangat Dasyat itu. Allah itulah yang sedang memerhati dan menilai kita.

“Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).” Surah Al-Baqarah ayat 196.

“Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.” Surah Al-Baqarah ayat 203.

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah ayat 233.

Apakah kita hendak buat bodoh sahaja dan terus melakukan kerosakan?

Dan bayangkan, dengan perasaan yang sama, apakah akan muncul ketakutan terhadap yang lain?

Semestinya tidak.

Menambah lagi ke’lazat’an ketakutan ini, bacalah apa yang Allah janjikan sebagai balasan-balasan manusia yang ingkar kepadaNya. Bacalah juga bagaimana Allah menceritakan kekuatan dan kehebatanNya.


Penutup: Terbanglah dengan sayap takut dan pengharapan

Manusia ini ibarat burung. Terbang dengan dua sayap. Manusia hidup dengan takut dan pengharapan.

Jika kita tidak takut kepada Allah SWT, kita akan takut kepada perkara yang lain.

Dan ketakutan kita itu akan menghasilkan pengharapan kita terhadap apa yang kita takuti.

Tetapi apakah berbaloi takut dan berharap kepada selain Allah SWT?

Siapakah yang lebih kuat daripada Allah? Siapakah yang lebih kaya daripada Allah SWT? Siapakah yang lebih berkuasa daripada Allah SWT?

Maka kita sepatutnya melihat kembali dan menilai semula. Kepada siapakah selama ini kita letakkan ketakutan dan pengharapan kita?

“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya)” Surah At-Taghabun ayat 16.

Mari takut dengan ketakutan yang istimewa.

Takut yang menghasilkan kekuatan.

Terbanglah dengannya.

Dan ia akan menghasilkan pengharapan yang pastinya tidak akan mengecewakan.

Muslimah Yang Aktif

Panduan menutup aurat yang sangat sesuai untuk muslimat yang aktif bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Selamat beramal.


Saya Malu Untuk Berubah

"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,"

"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,"

"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,"


Iman Itu Masih Ada.

Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.

Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?

Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai Allah. Asal niat betul.

Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.

Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?

Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.

Create the Future

Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.

Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.

Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorong kedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama. Apakah mungkin jika dia masih berada di lorong kedua, pada masa hadapan nanti dia bakal menjadi seorang graduan universiti yang punya sahsiah mulia dan cemerlang? Sudah tentu tidak! Tetapi sebaliknya yang berlaku jika lorong pertama yang menjadi pilihan.

Ini yang saya maksudkan. Bukan mahu menjadi ahli nujum. Cuma mengajak untuk bersama membina masa hadapan. Mencipta jalan cerita sendiri. Kita umpama pelakon di pentas dunia. Kita punya kuasa untuk mengarah jalan drama sendiri. Dan yang pasti hanya ada dua pilihan yang terbentang. Satu lorong yang dipilih, akan membawa kepada lorong yang lain. Jika lorong kebaikan dan perubahan yang dipilih, pasti kesudahannya juga begitu. Begitu juga sebaliknya. Inilah sunnatullah.

Buat Dirimu...

Sayangku nisa', usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!

Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! Bersama air mata taubat seorang hamba!

Buat nisa', walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. Tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu. Apakah saat ini masih mahu berpaling?

Motivasi daripada Kisah.

Saya memahami, berbicara itu mudah tetapi mahu melakukan itu tidak semudah bicara dan tulisan. Kerana itu perlu kepada kisah-kisah yang dapat menguatkan hati. Yang bisa meneguhkan keazaman dalam diri untuk menjadi lebih baik.

Pasti dan sudah tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur perempuan. Yang kiranya dipandang manusia begitu kotor dan jijik pada masa kini sehingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Walaupun mereka itu kini telah menyesal dan ingin berubah tetapi tetap dipandang serong. Tiada sokongan dan semangat yang ditiup tika mereka lemah. Kerana terusan dihantui dosa-dosa lalu.

Dengarkan kisah ini yang ingin saya putar kembali. Kembali kepada kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.

Lihat diri sendiri dan nilai. Diri sendiri juga belum tentu baik. Diri sendiri juga belum tentu dipandang-Nya. Walaupun kita melakukan kerja dakwah, walaupun diri itu sentiasa memberi tazkirah, walaupun diri itu aktif dalam program keagamaan. Saya suka untuk kembali mengingatkan kepada niat. Lagi sekali, lihat dan nilai. Itu semua tidak bermakna jika hati terdetik riak dan melakukan kerana ingin dipandang hebat oleh manusia. Kerana ingin supaya manusia memandang tinggi. Kerana ingin manusia memandang diri itu bagus, baik, soleh dan solehah. Tika itu, tanya diri sendiri, di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?

Lagi saya bawakan kisah yang cukup sering didengari. Kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Lihat usaha dan kehendaknya yang ingin bertaubat. Pembunuhannya mencukupi 100 orang apabila membunuh seorang alim yang mengatakan bahawa dia telah tiada harapan.

Namun, tidak pernah cuba untuk berputus asa. Mengikut nasihat seorang alim yang lain yang mengatakan bahawa perlu penghijrahan ke satu perkampungan yang suasananya bisa membantunya bertaubat. Namun,di pertengahan jalan, dia meninggalkan dunia tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang usaha bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.

Kesimpulan.

Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.

Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini,yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh.

Saat Nabi Hampir Wafat


Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.


-Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/

Friday, 17 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Rumah Khalid Putera

Rumah Khalid Puteri

Rumah Musa Puteri

Rumah Musa Putera


Rumah Usamah Putera


Rumah Usamah Puteri


Rumah Tareq Puteri


Rumah Tareq Putera


Persembahan Marhaban


Persembahan Nasyid


Perarakan Puteri


Perarakan Putera

Monday, 6 February 2012

Maulidur Rasul Cintailah Baginda Dengan Sebenar-benar Cinta

Sayidina Hasan Al-Basri berkata: “Wahai sekalian kaum muslimin! Kalau kayu boleh rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW, maka kamu sekalian lebih patut untuk merindui Baginda.”

Kata-kata ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dari Jabir bin Abdullah bercerita; “Dahulu Nabi SAW ketika berkhutbah pada hari Jumaat, akan bersandar pada sebuah pokok kurma, lalu seorang wanita atau seorang lelaki Ansar berkata: “Ya Rasulullah! Sudikah tuan kami buatkan untukmu sebuah mimbar? Baginda menjawab: Ya, jika kamu mahu.” Maka, mereka membuatkan untuknya sebuah mimbar. Seketika itu, terdengar tangisan yang muncul dari pokok kurma tadi, umpama tangisan seorang bayi. Baginda turun dari mimbar dan memeluknya sehingga tangisan itu reda umpama redanya tangisan seorang bayi (yakni ketika ditimang oleh ibunya). Nabi SAW bersabda; “Pokok itu menangis kerana ia terbiasa mendengar zikir di sana. (Fathul Bari Syrah Sahih al-Bukhari)

Betapa sedihnya pokok kurma itu kerana berpisah dengan sentuhan jasad Nabi SAW . Perasaan rindunya diungkapkan dengan tangisan yang kedengaran di sebalik pokok yang kaku itu. Jika kita melihat akan diri kita sebagai seorang manusia yang punya akal dan hati, sudah semestinya kita menzahirkan rasa kerinduan yang lebih mendalam terhadap Baginda yang menyinari hidup kita dengan sinaran iman dan Islam. Sejauh mana kita telah menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan kita? Sejauh mana kita telah menyempurnakan akhlak kita sebagai seorang muslim sejajar dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda? Dan sejauh mana kita mengingati dan merindui Baginda sebagaimana kerinduan yang dipamerkan Baginda kepada umatnya sebelum bertemu dengan Allah SWT?

Biarlah kerinduan dan ingatan terhadap Baginda hidup dalam hati kita sepanjang masa bukan hanya ketika sambutan maulidurrasul sahaja. “…Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkan…” (59:7). Oleh itu, bertindaklah selaras dengan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kita tergolong di kalangan mereka yang memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak insyaAllah.

Sunday, 5 February 2012

ADAB-ADAB SEBELUM TIDUR

1. Bersihkan diri sebelum tidur

2. Alas tempat tidur dengan cadar

3. Kibas tempat tidur 3x
4. Kepala mengadap kiblat
5. Laksanakan solat taubat
6. Baca 4 Qul
7. Baca ayat Qursi
8. Baca Alhamdulillah 33x
9. Baca Subhanallah 33x
10. Baca Allahuakbar 33x
11. Baca Bismillah 21x
12. Selawat 10x
13. Maafkan semua insan
14. Doa-Allah Humma Bismika Amutu Wa ahya
15. Mulakan tidur mengereng ke kanan
16. Jika mimpi buruk . ucapkan Astaqfirullah 3x dan balikkan bantal
17. Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat
18. Bangun solat tahajud dan diakhiri dengan solat witir
19. Baca Quran perlahan –perlahan
20. Doakan bacaan kita untuk ibu dan ayah
21. Baca doa bangun tidur – Alham Dullillah Hillazi Ahyana Ba'dama Amatana Wailai Hinnusyur.
Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...