Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday, 16 September 2011

Jom Berdakwah Di Facebook Dan Blog

“Menggunakan internet untuk meyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”
-Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi.

Kalau tiga tahun lepas, anda bertanya kepada saya tentang facebook. Maka, saya akan menjawab bahawa saya tidak tahu menahu mengenainya. Tapi, kini saya telah mengenalinya. Malahan, jika sekarang anda bertanya kepada adik saya yang berusia 9 tahun pun, dia memang tahu sangat tentang facebook ini. Laman sosial yang begitu popular pada masa ini. Hinggakan nenek saya juga tahu mengenainya. Di mana-mana sahaja, kita dapat mendengar perbualan orang ramai mengenai facebook ini. Alangkah besarnya pengaruh facebook ini dalan hidup kita.


“Cantik la gambar ni. Jangan lupa ‘upload’ kat FB ye.”
“Wei, ko dah bace status dia yang latest kat FB?”
“Lawak kot video kat FB tu. Dah tengok”
“Make sure ‘tag’ semua orang kat gambar tu tau.”
“Bye. Nanti kite chat kat FB ek.”
“Jumpe malam ni kat FB.”
“FB, FB, FB… bla, bla, bla…”

Begitulah realitinya. Hidup kita dipenuhi dengan pengaruh FB. Fuh, penat juga kalau nak bercerita tentang FB ni. Orang kata, FB ini banyak keburukannya. Buang masa, masalah sosial meningkat, ikhtilat tidak terjaga, berlaku banyak fitnah, buka aib orang tu, buka aib orang ini. Banyak juga keburukannya, tapi kenapa masih ramai yang meneruskan kelangsungan FB ini?

Setiap orang ada pendapatnya yang tersendiri. Mungkin bagi dia, dia tidak nampak di mana buruknya FB ini. Yang dia nampak, baik-baik belaka. Hatta, kalau yang buka aib sendiri pun, dia kata baik.

“ Ala, pagi ni bangun lewat coz malam tadi tidur lewat. Tengok bola.”

Aish, itu pun nak cerita pada orang lain?? Itu hanyalah salah satu contoh mengaibkan diri sendiri. Ada banyak lagi contoh-contoh lain. Belum lagi cerita tentang gambar yang ‘upload’. Gambar dengan teman wanita, teman lelaki, gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna, gambar di tempat-tempat maksiat dan sebagainya.  Kemudian, daripada relationship status ‘single’ bertukar menjadi ‘In a Relationship with……’. Simpan sendiri-sendiri sudah. Tidak perlu sampai mahu satu dunia tahu kisah anda.

Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di FB, Kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-


كل أمتيمعافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقدستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبحيكشف ستر الله عليه

Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini"maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Nauzubillahi min zalik.

Jadi, saya berpesan kepada sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bermuhasabah, adakah kita sedang membuka aib kita sendiri semasa menggunakan FB ini. Mungkin ia berlaku tanpa kita sedari. Namun sedarilah bahawa pintu taubat masih terbuka. Saya juga kadang-kadang terleka dengan FB hinggakan tidak menyedari akan kekhilafan ini. Itulah gunanya sahabat-sahabat yang dikasihi untuk kita saling memperingati antara satu sama lain.

Huh.. itu baru sahaja cerita tentang keburukan FB, belum lagi cerita tentang kebaikan. Sebenarnya pembawaan dalam penggunaan FB ini bergantung kepada individu. Wujud juga individu yang menggunakan FB sebagai medan dakwah. Ustaz-ustaz juga tidak terkecuali untuk mewujudkan akaun FB sendiri untuk menjadikan FB sebagai cabang kepada dakwah seiring dengan perkembangan teknologi pada masa ini.


Pelajar-pelajar sekolah mahupun mahasiswa dan mahasiswi juga ada yang menggunakan FB sebagai medium dakwah. Status-status yang di’post’kan semuanya Islamik serta berbentuk nasihat dan peringatan. Video-video yang di’share’, begitu menginsafkan. Nota-nota yang dikarang penuh berinformasi. Wa..!! Kalaulah semua pengguna FB menggunakan FB dengan tujuan dakwah, maka sememangnya, proses mengizzahkan Islam itu semakin pesat. Islam akan lebih cepat tersebar ke pelosok dunia. insyaAllah.

Namun begitu, wujud pula anggapan-anggapan yang negatif mengenai golongan yang sebegini. Ada yang beranggapan orang yang sebegini hanya mahu ‘tunjuk alim’. Dalam bahasa mudah:

If status FB Islamik = show off/tunjuk alim, then status FB lagho = ?????

Ha.. jawab la sendiri. Kemudian, timbul lagi persoalan:

“Alah.. friends list sampai beribu-ribu, confirm ada lelaki dan pompuan. Ada hati nak berdakwah.”

Jika wujud persoalan sebegini, Tanya mereka semula:

“Dakwah ni untuk yang same gender je ke?”

Pesanan ringkas saya kepada sahabat-sahabat serta para pembaca yang budiman, gunakanlah FB sebaik-baiknya. Seeloknya, gunakanlah ia dengan tujuan dakwah. Mari kita lihat semula uslub/method dakwah yang digariskan iaitu dakwah bil lisan, dakwah bil katabah, dakwah bil hal(sebenarnya, banyak lagi uslub dakwah).

1.Dakwah Bil Lisan

Dakwah yang dilaksanakan dengan tutur kata yang lemah lembut,menarik dan berhikmah. Hujah-hujah yang konkrit yang mudah difahami yang dapat menyingkapkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.


2.Dakwah Bil Katabah
Dakwah dilaksanakan melalui aktiviti yang melibatkan penulisan seperti risalah, majalah, artikel, cerpen, sajak, dan sebagainya. FB dan blog juga dikira sebagai dakwah bil katabah

3.Dakwah Bil Hal
Dakwah yang dijalankan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pemakaian, tingkah laku yang positif, muamalat dan sebagainya. Ini bererti pendakwah itu sendiri melaksanakan apa yang diucap olehnya dan tidak sekadar tukang cakap dan tukang tunjuk sahaja.

Firman Allah dalam Surah Al-Saf,ayat 2-3.

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu kamu tidak melakukannya." 


Jadi, saya rasa, sampai di sini sahajalah cerita saya tentang FB ini. Ingin saya ingatkan sekali lagi kepada sahabat-sahabat sekalian bahawa saya juga bukanlah insan yang sempurna. Masih memiliki banyak kekurangan. Namun begitu, gerak kerja dakwah masih perlu diteruskan kerana kita wajib berdakwah walaupun diri belum sempurna. Kalau mahu tunggu sehingga diri kita sempurna, maka hingga ke hembusan nafas terakhir pun belum tentu lagi gerak kerja dakwah kita dapat bermula.

Akhir kalam, apa-apa yang baik datangnya daripada Allah dan apa-apa yang buruk juga datangnya daripada Allah tetapi melalui kelemahan diri saya yang kurang ilmu, iman dan amal.

Wallahu’alam.
Assalamualaikum w.b.t.

7 comments:

Anonymous said...

I blog quite often and I genuinely thank you for your content.

The article has really peaked my interest.

I'm going to bookmark your website and keep checking for new details about once per week. I subscribed to your RSS feed as well.
Here is my blog post ; we buy houses fast for cash PA

Anonymous said...

Awesome things here. I am very happy to look your post.
Thank you so much and I'm looking ahead to touch you. Will you kindly drop me a mail?
Also see my webpage > Dreambox

Anonymous said...

Everything is very open with a really clear description of
the challenges. It was definitely informative. Your site is
very useful. Thanks for sharing!
Also visit my web-site ... residential remodeling contractor near orlando florida

Anonymous said...

Very nice blog post. I certainly love this site. Stick with it!
Feel free to visit my website :: opinie o penilarge

Anonymous said...

Good day! I know this is kinda off topic however , I'd figured I'd ask.
Would you be interested in exchanging links or maybe guest writing
a blog post or vice-versa? My site discusses a lot
of the same topics as yours and I think we could greatly benefit from each other.
If you're interested feel free to send me an email. I look forward to hearing from you! Awesome blog by the way!
Also see my web site - Gambling

Anonymous said...

Unquestionably believe that which you said.
Your favorite justification appeared to be on the net the simplest thing to be aware of.
I say to you, I definitely get annoyed while people think about worries that
they plainly do not know about. You managed
to hit the nail upon the top as well as defined
out the whole thing without having side effect , people could take a signal.
Will likely be back to get more. Thanks

Feel free to surf to my homepage - locksmiths salt lake city
Also see my web page > locksmiths salt lake city

Anonymous said...

Hey, I think your site might be having browser compatibility issues.
When I look at your blog site in Ie, it looks fine but when opening
in Internet Explorer, it has some overlapping. I just wanted to
give you a quick heads up! Other then that, awesome
blog!

My blog post :: http://www.pussyxxx.org :: http://www.gearvidz.com/user/372/MaddisonM :
:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Segala komen membina sangat digalakkan untuk sebarang penambahbaikan dan perkongsian idea.

Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...