Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday, 16 September 2011

Monolog Seorang Ana



Ana dah ada boyfriend.
Tapi..

Ana tak tahu dia berada dekat mana.
Jumpa belum.
Nama pun tak tahu.
Hanya Allah jer tahu dia siapa.

Ana pun tunggu dia setiap hari
Tak sabar nak jumpa dia.
Rindu kepada dia
Sungguh tak dapat ditafsirkan.
Walau ana tak tahu.
Tapi ana masih rasa rindu

Ya Allah
Hensemkah dia ?
Tinggikah ?
Menawan tak senyuman dia ?

Ya Allah
Bagaimana hubungannya dengan-MU ?
Sihatkah imannya ?
Mampukah dia membimbingku ?

.........

Ana masih tertanya tanya..
Allah, peliharalah hatiku.
Monolog dalaman itu.
Terngiang-ngiang.
Dia yang mendengar hanya senyum.

Syukur kepada Allah untuk kurniaan ini.
Cuma satu sahaja harapan
Moga terus dipeliharakan hati.
Tidak dicemari.
Biarpun siapa dia.
Syukurlah.



Jom Berdakwah Di Facebook Dan Blog

“Menggunakan internet untuk meyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”
-Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi.

Kalau tiga tahun lepas, anda bertanya kepada saya tentang facebook. Maka, saya akan menjawab bahawa saya tidak tahu menahu mengenainya. Tapi, kini saya telah mengenalinya. Malahan, jika sekarang anda bertanya kepada adik saya yang berusia 9 tahun pun, dia memang tahu sangat tentang facebook ini. Laman sosial yang begitu popular pada masa ini. Hinggakan nenek saya juga tahu mengenainya. Di mana-mana sahaja, kita dapat mendengar perbualan orang ramai mengenai facebook ini. Alangkah besarnya pengaruh facebook ini dalan hidup kita.


“Cantik la gambar ni. Jangan lupa ‘upload’ kat FB ye.”
“Wei, ko dah bace status dia yang latest kat FB?”
“Lawak kot video kat FB tu. Dah tengok”
“Make sure ‘tag’ semua orang kat gambar tu tau.”
“Bye. Nanti kite chat kat FB ek.”
“Jumpe malam ni kat FB.”
“FB, FB, FB… bla, bla, bla…”

Begitulah realitinya. Hidup kita dipenuhi dengan pengaruh FB. Fuh, penat juga kalau nak bercerita tentang FB ni. Orang kata, FB ini banyak keburukannya. Buang masa, masalah sosial meningkat, ikhtilat tidak terjaga, berlaku banyak fitnah, buka aib orang tu, buka aib orang ini. Banyak juga keburukannya, tapi kenapa masih ramai yang meneruskan kelangsungan FB ini?

Setiap orang ada pendapatnya yang tersendiri. Mungkin bagi dia, dia tidak nampak di mana buruknya FB ini. Yang dia nampak, baik-baik belaka. Hatta, kalau yang buka aib sendiri pun, dia kata baik.

“ Ala, pagi ni bangun lewat coz malam tadi tidur lewat. Tengok bola.”

Aish, itu pun nak cerita pada orang lain?? Itu hanyalah salah satu contoh mengaibkan diri sendiri. Ada banyak lagi contoh-contoh lain. Belum lagi cerita tentang gambar yang ‘upload’. Gambar dengan teman wanita, teman lelaki, gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna, gambar di tempat-tempat maksiat dan sebagainya.  Kemudian, daripada relationship status ‘single’ bertukar menjadi ‘In a Relationship with……’. Simpan sendiri-sendiri sudah. Tidak perlu sampai mahu satu dunia tahu kisah anda.

Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di FB, Kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-


كل أمتيمعافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقدستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبحيكشف ستر الله عليه

Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini"maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Nauzubillahi min zalik.

Jadi, saya berpesan kepada sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bermuhasabah, adakah kita sedang membuka aib kita sendiri semasa menggunakan FB ini. Mungkin ia berlaku tanpa kita sedari. Namun sedarilah bahawa pintu taubat masih terbuka. Saya juga kadang-kadang terleka dengan FB hinggakan tidak menyedari akan kekhilafan ini. Itulah gunanya sahabat-sahabat yang dikasihi untuk kita saling memperingati antara satu sama lain.

Huh.. itu baru sahaja cerita tentang keburukan FB, belum lagi cerita tentang kebaikan. Sebenarnya pembawaan dalam penggunaan FB ini bergantung kepada individu. Wujud juga individu yang menggunakan FB sebagai medan dakwah. Ustaz-ustaz juga tidak terkecuali untuk mewujudkan akaun FB sendiri untuk menjadikan FB sebagai cabang kepada dakwah seiring dengan perkembangan teknologi pada masa ini.


Pelajar-pelajar sekolah mahupun mahasiswa dan mahasiswi juga ada yang menggunakan FB sebagai medium dakwah. Status-status yang di’post’kan semuanya Islamik serta berbentuk nasihat dan peringatan. Video-video yang di’share’, begitu menginsafkan. Nota-nota yang dikarang penuh berinformasi. Wa..!! Kalaulah semua pengguna FB menggunakan FB dengan tujuan dakwah, maka sememangnya, proses mengizzahkan Islam itu semakin pesat. Islam akan lebih cepat tersebar ke pelosok dunia. insyaAllah.

Namun begitu, wujud pula anggapan-anggapan yang negatif mengenai golongan yang sebegini. Ada yang beranggapan orang yang sebegini hanya mahu ‘tunjuk alim’. Dalam bahasa mudah:

If status FB Islamik = show off/tunjuk alim, then status FB lagho = ?????

Ha.. jawab la sendiri. Kemudian, timbul lagi persoalan:

“Alah.. friends list sampai beribu-ribu, confirm ada lelaki dan pompuan. Ada hati nak berdakwah.”

Jika wujud persoalan sebegini, Tanya mereka semula:

“Dakwah ni untuk yang same gender je ke?”

Pesanan ringkas saya kepada sahabat-sahabat serta para pembaca yang budiman, gunakanlah FB sebaik-baiknya. Seeloknya, gunakanlah ia dengan tujuan dakwah. Mari kita lihat semula uslub/method dakwah yang digariskan iaitu dakwah bil lisan, dakwah bil katabah, dakwah bil hal(sebenarnya, banyak lagi uslub dakwah).

1.Dakwah Bil Lisan

Dakwah yang dilaksanakan dengan tutur kata yang lemah lembut,menarik dan berhikmah. Hujah-hujah yang konkrit yang mudah difahami yang dapat menyingkapkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.


2.Dakwah Bil Katabah
Dakwah dilaksanakan melalui aktiviti yang melibatkan penulisan seperti risalah, majalah, artikel, cerpen, sajak, dan sebagainya. FB dan blog juga dikira sebagai dakwah bil katabah

3.Dakwah Bil Hal
Dakwah yang dijalankan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pemakaian, tingkah laku yang positif, muamalat dan sebagainya. Ini bererti pendakwah itu sendiri melaksanakan apa yang diucap olehnya dan tidak sekadar tukang cakap dan tukang tunjuk sahaja.

Firman Allah dalam Surah Al-Saf,ayat 2-3.

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu kamu tidak melakukannya." 


Jadi, saya rasa, sampai di sini sahajalah cerita saya tentang FB ini. Ingin saya ingatkan sekali lagi kepada sahabat-sahabat sekalian bahawa saya juga bukanlah insan yang sempurna. Masih memiliki banyak kekurangan. Namun begitu, gerak kerja dakwah masih perlu diteruskan kerana kita wajib berdakwah walaupun diri belum sempurna. Kalau mahu tunggu sehingga diri kita sempurna, maka hingga ke hembusan nafas terakhir pun belum tentu lagi gerak kerja dakwah kita dapat bermula.

Akhir kalam, apa-apa yang baik datangnya daripada Allah dan apa-apa yang buruk juga datangnya daripada Allah tetapi melalui kelemahan diri saya yang kurang ilmu, iman dan amal.

Wallahu’alam.
Assalamualaikum w.b.t.

Ciri-ciri Badan Dakwah Yang Cemerlang



1. Syura

Syura maksudnya bermesyuarat ataupun berbincang. Walaupun mesyuarat biasa digunakan dalam istilah Melayu, namun yang dimaksudkan syura dalam Islam bukan seperti perbincangan seperti yang difahami dengan perkataan mesyuarat, bahkan maksudnya lebih dan jauh daripada itu. Ini disebabkan syura mempunyai ciri-ciri dan disiplin tertentu seperti yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW dengan para sahabat. Firman Allah tentang syura ini: 

والذين استجابوا لربهم وأقاموا الصلاة وأمرهم شورى بينهم ومما رزقناهم ينفقون


maksudnya: Dan bagi orang-orang yang mematuhi seruan Tuhannyadan dan mendirikan solat sedangkan di dalam urusan hidup, mereka syura sesama kalangan mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang telah kami kurniakan. 

Firman-Nya lagi:


وشاورهم فى الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله


maksudnya: dan bersyuralah di kalangan kamu dalam sesuatu perkara, dan apabila kamu telah berazam (dengan sebenar-benar azam) maka bertawakkalah kepada Allah.

Saidina Ali KWJ pernah berkata:

“Syura itu punca hidayah, dibimbangi orang yang hanya berpegang kepada pendapatnya sendiri. Maka bertadabbur sebelum beramal itu menyelamatkan kamu daripada penyesalan ” 


Ibnu Arabi pula berkata:
“Mesyuarat itu mendekatkan anggota jamaah, membersihkan akal, membawa kepada kebenaran dan sesiapa di kalangan kamu yang bermesyuarat akan mendapat petunjuk. ”

Prinsip Asas Syura
a) Tidak boleh sama sekali membincangkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 
b) Tidak boleh sama sekali hasil atau keputusan mesyuarat bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Perkara-perkara Penting Berkaitan Dengan Syura
1.Ahli-ahli syura mestilah memberikan pandangan mengikut kepakaran atau kelebihan dalam bidang masing-masing.
2.Mestilah serius dan menumpukan perhatian dalam sesi perbincangan
3.Mengemukan hujah-hujah dengan jelas. Sekiranya perlu kepada dalil         Al-Quran dan Hadis, itu lebih baik.
4.Seimbang antara kesan jangka pendek dan jangka panjang. (mengikut suasana)
5.Ahli korum harus mencukupi
6.Tempat yang selesa dan waktu yang sesuai (ikut suasana)
7.Tidak mempertikaikan keputusan selepas syura diputuskan
8.Bersikap terbuka apabila pandangan atau cadangan tidak diterima.
9.Istighfar sekiranya pandangan atau cadangan diterima.
10.Tidak melanggar apa yang telah disyurakan walaupun terdetik di dalam hati keputusan yang telah diputuskan ada kecacatan. Namun keputusan boleh berubah sekiranya keadaan amat mendesak atau perlu berbincang semula untuk mengubah keputusan syura
11.Perlu yakin syura membawa rahmat
12.Segala yang diperbincangkan perlu dicatit

2. Manhaj Tarbiyyah Yang Mantap

Yang dimaksudkan dengan tarbiyyah yang mantap ialah seperti yang telah disebutkan dalam faktor-faktor kejayaan di atas.

3. Menjaga Kerahsiaan dan Hazar Dalam Pergerakan

Kerahsiaan dan Hazar merupakan perkara yang amat penting dalam gerakan badan dakwah terutamanya dalam tempoh Islam belum didaulatkan lagi (masih belum berkuasa). Di sini penulis akan memberikan beberapa kesan akibat tidak menjaga rahsia dan hazar.

1.Perancangan akan diketahui oleh musuh kita dan memudahkan mereka untuk memerangi kita.
2.Strategi serta teknik dakwah akan mudah dipatahkan.
3.Timbul sikap buruk sangka antara pimpinan dan anak buah
4.Timbul sikap ‘escapisme’ dan hilang kerjasama sesama ahli dalam melaksanakan program
5.Hilang wala’ terhadap pimpinan
6.Matlamat sesuatu program tidak tercapai
7.Timbul permusuhan sesama ahli 


4. Muhasabah


Muhasabah dalam istilah lainnya ialah post mortem ataupun semak kembali terhadap segala program atau aktiviti yang telah dijalankan. Dengan muhasabah, segala kelemahan dan kekurangan dapat di kesan dan seterusnya diperbaiki untuk masa-masa akan datang. Selain itu, muhasabah memberi ruang untuk tegur-menegur sesama ahli dalam keadaan yang terbuka dan beradab serta memudahkan penelitian terhadap program yang telah dijalankan. Di samping dapat menjalinkan ukhuwwah, muhasabah akan menyebabkan kita rasa insaf dengan kelemahan yang ada di kalangan kita.

5. Mengikuti Perkembangan Semasa

Sesebuah badan dakwah perlu mengikuti perkembangan suasana yang berlaku. Ini disebabkan suasana dan perkembangan yang berlaku di sekeliling amat mempengaruhi suasana pelajar terutamanya dalam proses menyampaikan kefahaman Islam kepada pelajar. Antara kepentingan mengetahui perkembangan semasa :

a) mengetahui penderitaan umat Islam di seluruh dunia dan memberi keinsafan kepada kita untuk terus berusaha menegakkan Islam
b) memahami dan mengetahui perancangan jahat orang kafir terutamanya Yahudi dan Kritian untuk merosakkan Islam. Lantas kita berusaha mengelakkan serangan tersebut serta menjawab segala persoalan-persoalan yang dilontarkan.
c) Para pelajar terus berminat dengan method dan cara penyampaian dakwah. Ini kerana peringkat remaja adalah peringkat yang suka mencuba dan menyesuailan diri dengan suasana yang wujud di sekelilingnya
d) Tidak tertipu dengan helah dan taktik orientalis dan golongan Islam yang menjadi alat kepada orang kafir.
e) Bersedia membuat perubahan terhadap suasana yang berlaku ke arah yang lebih baik

6. Bersedia Menerima Perubahan

Badan Dakwah juga perlu sentiasa bersedia menerima perubahan. Perubahan yang dimaksudkan ialah dari segi gerak kerja, manhaj, cabaran serta method dakwah. Ini disebabkan dakwah Islam itu sendiri bersifat Murunah iaitu fleksibel.

Justeru, dengan sifatnya yang begitu, memudahkan lagi proses untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar tentang Islam serta penghayatannya secara praktikal.  Contohnya seperti apabila sesebuah sekolah telah memasang internet dalam urusan perhubungan mereka, maka badan dakwah perlu bertindak untuk mengambil manfaat daripadanya. Email, chatting, homepage serta networking perlu dipelajari dan digunakan bagi kepentingan badan dakwah.

7. Mempunyai Perancangan Jangka Pendek Dan Panjang

Perancangan jangka pendek ialah perancangan dalam tempoh sehari, seminggu atau sebulan mengikut bentuk program dan matlamat yang ingin dicapai. 

Perancangan jangka panjang ialah merancangan untuk mencapai sesuatu matlamat bagi tempoh setahun, 2, 5, 10, 15 atau 20 tahun. Namun ia bergantung pada kesesuaian sesebuah sekolah.  Perancangan jangka pendek dan jangka panjang haruslah mempunyai kaitan dan kesinambungan antara satu sama lain. 

Ini di sebabkan semua program atau perancangan mempunyai matlamat yang satu iaitu menegakkan daulah Islam dan kalimah Allah di muka bumi. Justeru, bagi menjayakan kedua-dua bentuk perancangan ini, perlu ada kesinambungan hubungan antara satu generasi ke satu genarasi yang lain. Hinggalah matlamat yang agung tersebut tercapai dalam keadaan perancangan jangka pendek dan panjang itu bersifat sementara kepada matlamat mencapai daulah tadi.


Mahu Aman Dalam Berurusan Dengan Bukan Mahram ?


1.Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. 

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:


"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik."

Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya? 

3.Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan. 

4.Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5.Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.



Mengapa Bukan Kamu Yang BERCOUPLE Dengan Dia ?


Semasa saya memberikan perkongsian di Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut di Terengganu, salah seorang pelajar perempuan dia sana telah melontarkan soalan:


“Bagaimana ya saya nak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

Saya tersenyum. Saya soal semula kepada dia:

“Kamu bercouple tak dengan kawan perempuan kamu itu?”

Eh? Saya tersengih. Mesti dalam kepala dia, dia fikir pelik. Hilal Asyraf suruh orang jadi lesbian ke? Haa… tersilap la kalau fikir macam itu.

Apakah maksud saya?


Couple Dan Lompong Kasih Sayang

Mengapa bercouple?

Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular. Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ orat mengorat.

Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia.

Itulah dia yang membawa kepada bersatunya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disambut dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari-hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain, ungkapan-ungkapan cinta ala-ala rome dan juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi dunia mereka menjadi indah.

Mengapa seseorang itu bercouple?

Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi. Di sinilah timbul persoalan. Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi lompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?

Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina

Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi. Birthday pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah.

Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.

Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram?
Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.

Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?

Apabila Wujud Keakraban

Posibiliti untuk seseorang itu bercouple apabila lompong kasih sayang di dalam jiwanya telah terisi adalah sangat tipis. Tetapi masih ada juga yang telah kita berikan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada.

Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik.

Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungkapkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk membina jambatan hati antara kita dengannya.
Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita.

Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.


Satu Cerita Saya
Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya.

Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin setimental.

Bila melihat peluang yang sesuai mengutarakan isu dia bercouple, saya berkata:

“Ana dengar, enta ada cerita hot”

Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?”

“Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau. Sedangkan saya tahu aja nama sebenar couplenya itu.

Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro”
Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang. Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya.

“Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?”

Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.”

Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu.

Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsikuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat.

Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa tak senang juga dengan benda ni”
Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.

Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya…

“Bro, enta bagitahukan mak ana boleh? Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami” Itu konklusi yang dia buat sendiri.
Dan saya diam sambil tersenyum.

“Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.”

Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu. Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya.

Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab. Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebelum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.

Penutup: Kita Isi Hatinya.

Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja seseorang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja.

Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran?

Manusia perlukan sentuhan.

Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?

Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini.

“Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

“Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?”

Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi.
Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”?

So, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri.

Mengisi kelompongan hatinya. Dan insyaAllah, kelompongan hati kita juga terisi.



Saturday, 3 September 2011

Hari Kiamat Dan Hari Mati


" Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu sedekah yang mengalir atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaatnya atau anak Muslim soleh yang mendoakan untuknya "

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatnya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk manghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang ynag benar- benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.
( HR : Ibnu Majah dan Abiddunya )

Bukan untuk peringatkan si mati sebenarnya, namun buat kita-kita yang akan menghadapi mati !!

RENUNGKAN !!!


          


CERAMAH DARI USTAZ AZHAR : MATI RASA MACAM MANA ??


 

Thursday, 1 September 2011

Manual Bercinta: Perigi Timba Sama Mencari

cinta Allah cinta sejati
"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula ? Nak kerja atau sambung lagi buat master ?," saya bertanya.

Pada malam itu, alhamdulliah, diizinkan pleh Allah s.w.t sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus oleh kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan tu biasa. Mantap pokoknya.


"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau.

Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.

"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" saya cuba mengurau mencuit dengan nada bercanda.

"Erm, itu yang akk nak cerita dan minta pendapat Ami ni."

"Owh.. beres. Ceritalah.. kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.



"Ada seorang yang suka pada akak.tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."


"Bagus, seharusnya macam itulah," komen saya. Menambah rancak perbualan. 


"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yg berani," jelas beliau.



Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyaraat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.

Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah. Di jalan raya yang "lurus". Itu baru dibual cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayana akhirat. Susah, paras kritikal. 


Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.


"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar ?", tanya saya.

"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaAllah soleh. Cuma itu peringkat akak. Jika dia, akak belum tahulah bagaimana."

"Jadi nak mintak pandangan Ami,macam mana nak buat?" tanya beliau.

Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari firman tertinggi, ayat-ayat cinta, al-Quran dan sunnah! Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat. 

"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" cadangan "ganjil" saya.  
Perkahwinan yang sah

"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.

  
Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala. 

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri. Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa. Seganlah! 


Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan. Yang wajib, tidak dibuat. Yang sunat, dilihat wajib. Yang haram, itu dipertahan!

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun. Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!

Cara Menghubung

"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau. 

"Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya. 

Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal. Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat. Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?



"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya. 

"Biasanya, orang tengah itu siapa?" 

"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami." 

"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula." 

"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."

"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.

"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."

"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya. 

Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa core bisnes kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan. Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!
Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...