Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Wednesday, 31 August 2011

Ucapan Aluan Presiden BADAR SMKA Slim River 2011/2012

Ucapan Aluan Presiden BADAR SMKA Slim River 2011/2012
Saudara Mohammad Nazirul Nazrin Bin Abdul Rahman.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pertama dan selamanya, dipanjatkan rasa syukur kepada Allah, Raja kepada sekalian raya di langit dan di bumi. Segala puji-pujian hanya milik Yang Terpuji Allah SWT. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW, Habibur Rahman dan penghulu segala anbia. Tidak ketinggalan selawat dan salam kepada para sahabat baginda, ahli bait, tabi’ien, tabi’e tabi’ein dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW.

Melahirkan individu yang sedar terhadap kehadiran Allah SWT setiap saat dalam hidupnya bukanlah kerja yang mudah. Ia bukan kerja main-main. Gesaan dasar ayat Al-Quran terukir dalam doa iftitah yang sering kita ulangi yang bermaksud:

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku adari golongan orang Islam”.

Alhamdulillah, ucapan terima kasih kepada semua AJK BADAR SMKA Slim River kerana member kerjasama dan komitmen dalam menghasilkan group Facebook BADAR dan blog ini. Terutamanya, kepada Lajnah Multimedia BADAR. Ucapan terima ksih juga diucapkan kepada barisan alumni SMKA Slim River kerana memberikan sokongan dan dorongan selama ini. Terutamanya, kepada saudara Muhammad Hibatul Muqlis, Presiden BADAR 2009 atas nasihat dan dorongan yang disampaikan oleh beliau. Sekali lagi diucapkan terima kasih. Diharapkan agar semua AJK BADAR dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya.

Ingatlah sahabat sekalian, segala taklifan yang dipegang adalah amanah. Amanah ini akan dipertanggungjawabkan di atas bahu kita di akhirat kelak. Lakukanlah semuanya dengan niat hanya kerana Allah, hanya untuk membumikan Islam di bumi SMKA Slim River khususnya. Semoga segala usaha kita yang sedikit ini dikira sebagai amalan soleh untuk memartabatkan Islam di mata dunia hendaknya.

Pernahkah kita terfikir mengenai di manakah posisi kita semasa Islam telah mencapai kemenangan nanti? Adakah kita menjadi orang yang rugi kerana tidak bersama-sama dalam perjuangan Islam? Adakah kita orang yang ketinggalan kerana hanya membiarkan orang lain yang mendahului kita dalam memartabatkan agama Allah? Ataupun, pada waktu itu, kita adalah salah seorang daripada mujahidin dan mujahidah yang membawa kemenangan kepada Islam? Agak-agaknya, kita berada dalam posisi mana?

Renung-renungkan.

“Sesungguhnya, Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan AlQuran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
(AtTaubah:111)

Untuk maklumat lanjut tentang BADAR SMKA Slim River, bolehlah mengunjungi blog kami di alamat: http://badar-smkaslimriver.blogspot.com/. Bersama-samalah kita mengembangkan dakwah kepada seluruh dunia. InsyaAllah.

Sekian.

Wallahu’alam.


18 comments:

Harith Faisal said...

Mabruk alaik..
Keep it up..
Bersama Islam Memimpin Perubahan.
Wallahu'alam..

Anonymous said...

Salam ukhuwah dari SMKA Maahad Hamidiah, Selangor.
Bitaufiq wannajah dalam perjuangan

SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah,Kg Gajah said...

alfu mabrukk..
dimana bumi dipijak,disitu islam dijunjung,,,

BADAR SMKA Slim River said...

> Anonymous (SMKA Maahad Hamidiah)
Syukran kerana sudi ziarah. Salam perkenalan..

BADAR SMKA Slim River said...

> SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah
syukran.. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.. salam ukhwah..

abu ayyub al ansori said...

all the best on u guys..please move forward!!allah always be by your side..insyaallah

muhamad izzad sharif bin saharuddin said...

salam,,abg dulu timb ketua umum asrama 09/10..truskan usaha amda dlm memodenkn persatuan dakwah yg telah lama wujud di SRISS ini..InsyaAllah..MAY ALLAH BLESS U ALL..

BADAR SMKA Slim River said...

> abu ayyub al ansori
Allah always be by our side.

BADAR SMKA Slim River said...

> muhammad izzad sharif bin saharuddin
wslm. syukran ya akhi. insyaAllah akan memodenkan lagi, tapi masih tidak melanggar batasan syariat.

khairol najib hashim said...

mabruk alaik adik2 penerus mata rantai untuk penyebaran dakwah.. jalinka hubungan secara langsung atau tidak dengan sekolah2 luar. alhamdulilah. gunakan medium IT sekarang dgn baik.. tahniah

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt...
Sesebuah institusi mampu jadi gah dengan ilmu dan amalan seperti Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Hasil dari ilmu dan amal, pelajar2nya sekarang sgt berjaya melahirkan faqih2 hebat seperti ustaz Zahazan, ustaz zaharuddin abd rahman... smka slim river mampu jadi begitu jika iman dijadikan paksi utama...(Bekas BADANI '97)

BADAR SMKA Slim River said...

> khairol najib hashim
syukran ya akhi. InsyaAllah kami cuba menggunakan internet sebaiknya

“Menggunakan internet untuk meyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”
-Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi.

BADAR SMKA Slim River said...

> Anonymous
Doakan supaya SMKA Slim River juga mampu melahirkan pendakwah-pendakwah hebat untuk mengizzahkan Islam ke seluruh dunia.

Anonymous said...

semoga memimpin dgn baik sebagai presiden BADAR..

cek_are_09 said...

alhamdullilah..troskan perjuangan adik2..keep it up..insya Allah..
mabruk a'laik..

camilya amilya said...

tahniah!!Nazirul

aL-QaRiNaiN said...

Assalamualaikum w.b.t.. salam mahabbah wa ukhwah fillah.. tahniah buat antum semua atas kejayaan mneruskan perjuangan dan dakwah Rasulullah di bumi sriss.. Alhamdulillah semakin banyak kader2 dakwah yang berkembang pesat di sriss dan ana doakan usaha antum semua diberkati Allah azza wajalla.. ana nak berkongsi pandangan, yg ingin ditujukan buat semua umat Islam khususnya muslimin dan muslimat yang berada di bumi sriss. mohon kerja keras dan usaha yang mantop dapat dijalankan oleh semua pimpinan sriss untuk membendung masalah ikhtilat yang berleluasa dalam kalangan pelajar sriss. sedih bila melihat segolongan daripada rakan pelajar kita yang kurang menitikberatkan bi'ah solehah dalam segenap ruang kehidupan. sebagai contoh di FB..pergaulan yang agak tidak enak dapat kita lihat antara muslimin dan muslimat sriss. kita dapat melihat muslimat2 kita tanpa segan silu lagi meng'upload' gambar mereka yang pada syara'nya tidak sepatutunya ditonjolkan pada khalayak ramai. seharusnya pimpinan memainkan peranan dalam memperkasakan kerja2 dakwah bagi menyelamatkan semua individu dari dibaham api neraka Allah di akhirat kelak.. pesanan untuk diri ana dan antum semua juga.. Barakallahulakum.. =)

BADAR SMKA Slim River said...

Syukran jazilan kepada semua yang sudi memberi komen dan cadangan yang banyak membantu kami pimpinan BADAR. insyaAllah segala cadangan itu akan di bincgkn dan di ambil langkah yang seterusnya secepat mungkin.. barakallah lakum.

Post a Comment

Assalamualaikum.
Segala komen membina sangat digalakkan untuk sebarang penambahbaikan dan perkongsian idea.

Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...