Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday, 3 February 2015

Tarbiyyah tu...


In the name of Allah the most merciful and gracious...

klik.. klik...

snap siket~


* belakang aspuri jaa

Bermulalah kisah...
Bersama adik2 usrah b4 iftar jamaie Ramadhan yg lalu...

Alunan zikir di corong pembesar suara dari bilik siaraya sayup2 kedengaran...

Bacaan al-Fatehah sbg pembuka halaqah...

Terdetik utk memulakan sesuatu...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

'Okey akak bagi mase beberape saat, semua pandang sebelah sana. (Sambil menunjuk ke arah sekitar kebun kelapa sawit dan bukit) Pandang sampai akak kata sudah.' 

Dalam 30 saat kemudian....

'Okey2... sudah! Pandang dpn balik.'

'Akak nak tanya, apa yg kamu semua nampak???'

Seorg demi seorg menjawab dgn seikhlas hati dan yakin. * Padahal dlm hati ligat persoalkan apa yg akak ni buat sbnarnye?

'Nampak pokok...'

' Erm...sy nampak pokok kelapa sawit...'

'Nampak err pokok kelape... '

'Nampak bukit!...'

'Nampak aawan?...'

Sehinggalh salah seorg mengatakan... 

'Saya nampak ciptaan Allah...'

*Gulp!

Tetibe rase tersentak. Padahal mmg itu jawapan yg ditunggu...
Menunggu jika ada antara adik usrah yg melontarkan jwpn sbegitu... 

 *Dlm hati mengatakan :

"Alhamdulillah.. Masih ada"

Ya betul! Mmg kita nampak pokok, bukit, langit, awan...
Tp sedarkah kita bhw semua itu adalah ciptaan Allah??
Maha Pencipta.. Maha Kuasa...

Kadangkala kita lupa, kita alpa, kita leka, kita lalai....
Kita lupa untuk melihat kembali hasil ciptaan-Nya...
Kita alpa untuk mengambil hanya seketika lalu menghayati setiap anugerah dari-Nya...
Kita leka dengan urusan dunia. 
Sibuk dgn hiburan sehingga kita tdk punya masa walaupun sedetik utk memerhati keindahan yg dikurniakan-Nya...
Kita lalai bahawa seluruh alam hanya pinjaman dari-Nya...
Saat2 itu kita abaikan. 
Kita biarkan berlalu dgn sibuk memikirkan perkara duniawi. 
Kita lebih memerlukan saat2 waktu tersebut utk memikirkan masalah2 yg mendtg.
Kita gunakan masa2 itu dgn hanya bergelak ketawa ataupun dibiarkan berlalu begitu shj tanpa ad pengisian.
Padahal, ada yg merindui tangisan kita. 
Ada yg merindui doa dan rayuan kita.

'Allahu...'

*Manik2 jernih mula mengalir... *Sebak*

"Ya Allah, perasaan apakah ini???"

'Kalau boleh rase macam nak ajak je semua satu aspuri dduk same2 kat sini, buat bende yg same, ckp bende yg same...Best kan kalau semua rase?'

Memandang adik2 usrah, Ade yg mula mengalirkan air mata... Ada juga yg mula menundukkan kepala... Mungkin jiwa mula menghayati apa yg cuba naqibah mereka ingin sampaikan. *dlm hati 'Alhamdulillah' 

Tetapi.. kelihatan ada antara mereka yg kelihatan kosong.
Mungkin tdk memahami apa yg cuba disampaikan...

Ya! Benar... 
Tdk semestinya apa yg ingin kita sampaikan itu semua org akan terima.
Tdk semua yg kita sampaikan semua org memahami.
Tdk semua yg kita ucapkan akan meresap dalam diri dan jiwa setiap org spt apa yg kita hrpkan...

Saya manusia, dia manusia, mereka juga manusia.
Ttp masing2 berbeza. 
Mungkin ada yg mudah utk menerima. 
Mungkin ada yg mudah utk memahami. 
Mungkin juga ad yg mudah untuk tersentuh. 
Tetapi tdk mustahil jika ada yg sebaliknya.
Sukar menerima.
Sukar memahami dan 
Sukar tersentuh...  

"Hidayah tu hak Allah... At least kita cuba sampaikan..."

Tarbiyyah....

'Akak sedeh kalau ad antara kita yg kata dia x dpt tarbiyyah dduk kat sekolah ni. 
Solat berjemaah tiap2 waktu, beri salam bila berselisih, berzikir sama2, al-Mulk tiap2 malam, asmaul husna tiap2 perhimpunan, bace doa tiap kali b4 P d P... Sape kate tu bkn tarbiyyah???'

Kenape? Sbb anggap tu perkara cliche, simple, konfem x tinggal kat sekolah ni... Thats not tarbiyyah???
Okay ad salah faham kat sini...ke EGO?

Cube pikir balek. Semue bende tu kalau dibandingkan dgn sekolah harian biasa, mampu ke kita nak buat? Boleh ke kita istiqamah? Boleh? *ouh mungkin ade yg mengatakan dia boleh. Tahniah buat die. 

Believe o not, sebilangan besar masih x mampu nak buat semua tu istiqamah! *Sdgkan diri pun x mampu

Back to basic, tarbiyyah means didikan.
Perkara yg diajar, dididik kat sekolah. Tambah2 sekolah agama... Tolong jgn buat2 nak pandg sebelah mata. *How dare r u??

Tolong la jgn EGO sgt nak kate 'Duduk kat skola ni x dpt ape2. X dpt tarbiyyah langsung.' *elergik key*

Sebenarnye tarbiyah tu ada. Apa yg kita lalui tiap2 hari tulah tarbiyyah. X perlu mgharapkan yg tinggi2 kalau diri sendiri x nak usaha. Nak lebih?  usaha un kene la lebih. 'Right!?' 

Sekarang ni, Bukak mata besar2... Bukak hati... Bagi laluan sikit utk tarbiyah tu dirase. Hargailah apa yg diperoleh walaupun sedikit....

Sbb ap??
Sbb bila kita rasakan yg sedikit tu. N say thats is tarbiyyah yg diperoleh... In shaa Allah.. Kita x kan rugi. Belive o not??? Depends on you. 'Tepuk dada tnya iman...'

Masing2 menundukkan kepala serta mengiyakan apa yg diungkapkan oleh naqibah mereka.
Mungkin sahaja ad yg baru sedar dan mungkin juga ada yg baru ingin membuka pintu hatinya utk membenarkan 'tarbiyyah' itu dirasa...

'Eh dah nak azan nih!'  Doa rabitah dibaca bersama2 utk mengikat hati2 antara mereka

Halaqah ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr...

Kami bersalaman dan berpelukan sebelum iftar jamaie di DM.

'Allahu, inikah nikmat ukhuwah? Kekalkanlah ia Ya Allah...'

'X kan ku lupa nikmat ini! In shaa Allah...'

Tarbiyyah_di_waqafan_SRISS

*Syukran jiddan buat adek2 usrah
*Sbb korang membantu utk menconteng kat belog niyh...
*korang semua adek2 usrah yg chumel~
*May Allah bless us yaa >_<
#hasil coretan _f5'2014'

Cool Neon Green Outer Glow Pointer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...